pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, January 7, 2013

Patut Baca !!! Mujahid Pendokong Kristianisasi Agenda DAP ??



Baru-baru ini, Jaringan Muslimin Pulau Pinang ( JMPP ) mengkritik hebat tindakan Mujahid Yusof Rawa membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu ketika  menyertai dialog agama di sebuah gereja di Seberang Perai, dua tahun lalu.

Ternyata kenyataan Mujahid ketika itu telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan Umat Islam di Malaysia yang ketika ini terpaksa berhadapan dengan ancaman gerakan untuk memurtadkan Umat Islam dari pengangan Agama Islam.

Dalam kenyataan terbaru Mujahid semalam, dia tetap mempertahankan kenyataan yang di lakukannya ketika menyertai dailog agama di sebuah gereja dua tahun lepas dan mengatakan kenyataan yang di lakukannya berlandaskan " Fekah ".



Apa yang dapat di lihat, Mujahid memperjelaskan bahawa Yahudi dan Nasrani juga sudah menggunakan perkataan Allah sejak sekian lama.

Apa yang di perkatakan Mujahid, Pisau Kedah tidak menafikan bahawa golongan Yahudi dan Nasrani sejak zaman para Nabi lagi telah menggunakan kalimah Allah kerana dalam bahasa Arab, Allah bermaksud Tuhan.

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa A.S bagi membimbing Bani Israel ( Yahudi ) ke jalan Allah S.W.T namun ianya telah di seleweng oleh ahli-ahli kitab Yahudi setelah kewafatan Nabi Musa a.s. Setelah itu, Allah S.W.T menurunkan Kitab Injil kepada Nabi Isa a.s untuk membenarkan kitab Taurat yang di turunkan sebelumnya namun ianya telah di seleweng oleh ahli-ahli kitab Nasrani.

"...Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Mariam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayat dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa" ( Surah Al- Maa'idah 5:46)

Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka). ( An-Nisaa' 4:46 )

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. ( Al-Baqarah 2:79 )

Tetapi Mujahid harus ingat Allah bagi kepercayaan Umat Islam di dunia berbeza dengan Allah mengikut kepercayaan Kristian dan Yahudi sekarang.

Bagi kalangan Kristian dan Yahudi yang mahu memerangi Islam, tujuan mereka menggunakan kalimah Allah setelah di seleweng oleh ahli-ahli kitab terdahulu adalah bertujuan mahu menyesatkan akidah Umat Islam supaya menurut kepercayaan agama mereka.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ” [Al Baqarah 120]


Dari Abu Sa‘id Al Khudri, ia berkata: “Rasululah bersabda: ‘Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalianpun akan masuk ke dalamnya.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?’ Sabda Baginda: “Siapa lagi kalau bukan mereka.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Sudah jelas dan terang apa yang di kehendaki Yahudi dan Nasrani yang cuba memerangi Umat Islam. Tidak hairan la banyak dana yang sanggup di berikan Israel dan sekutunya Amerika kepada DAP dan PKR untuk memerangi Kerajaan Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah Negara Islam.

Penggunaan kalimah Allah merupakan salah satu agenda di gunakan untuk memerangi Umat Islam di Malaysia.

PAS sebagai parti yang mengakui memperjuangkan Islam sebenarnya kini lebih pentingkan keuntungan politik setelah bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Haram tanpa memikirkan akan nasib Umat Islam Malaysia Generasi akan datang menjadi keliru untuk memahami pengertian Allah yang sebenar.

Cuba bertanya kepada diri sendiri. Mengapa DAP yang majoritinya penganut Kristian mahu menggunakan kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu sedangkan Bible versi Bahasa Inggeris menggunakan perkataan God, Lord dan Jesus. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog