Pisau Kedah nak kongsi satu pendedahan menarik dari blog My Massa yang patut kita semua ambil tahu. Sebenarnya pihak Rusia juga tidak bersetuju dengan tindakan yang cuba di lakukan Israel dan Amerika menyampuri urusan Pilihan Raya Malaysia bagi memastikan anak emas mereka menang dan mentadbir Malaysia.
DIPETIK DARI RUSIA TODAY - (Terjemahan) Open Society Institute (OSI) dan NED di Washington semakin giat menyalurkan dana-dana mereka kepada pelbagai NGO pembangkang di Malaysia untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Kemarahan Tel Aviv dan Washington ialah apabila, Tun Dr. Mahathir Mohamad walaupun sudah bersara masih tidak berhenti-henti mengkritik dan menyusahkan Israel. Tindakan Dr. Mahathir membicarakan penjenayah-penjenayah perang Amerika dan Israel melalui Perdana Global Peace amat menyakitkan hati Persatuan Yahudi Amerika.
Sebaliknya OSI dan NED serta persatuan-persatuan Yahudi di Washington sedaya upaya hendak memenangkan PR terutama apabila Anwar Ibrahim memberi jaminan "I WILL SUPPORT ALL EFFORT OF ISRAELI". Sehingga ke saat ini, Anwar tidak menarik balik kenyataan itu dan tidak ada niat untuk menarik balik sokongannya ke atas Israel. Bagi Anwar dan para Yahudis di Amerika, masing-masing hendakkan "win-win situation". Jika tarik balik, maka dana-dana itu turut ditarik balik.
Menurut pemerhati barat, OSI dan NED berjaya meruntuhkan kerajaan di Hungry, Georgia dan Ukraine. Di Mesir Gabungan OSI dan NED melalui IRI dan Freedom House berjaya meretakkan negara itu. Pemerhati membuktikan Jabatan Negara Amerika terlibat memberikan Dana yang besar dalam usaha memporak-perandakan Mesir dan negara-negara Arab.
Di Malaysia mereka sekali lagi mencuba melalui elemen SEAPA yang berpangkalan di Bangkok, juga dipercaya Jabatan Negara Amerika memberikan dana rahsia.
Kini mereka mencuba modus yang sama ke atas Malaysia, menjelang PRU13. Sebab itulah DAP tanpa Bangkangan PAS dan PKR mendiamkan isu Permintaan DAP supaya diberikan 3 dan 10 kerusi tambahan. Maknanya DAP tidak mempercayai kepada kekuatan PKR dan DAP. Sudah terang lagi bersuluh, malang dan sayang sekali Haji Hadi masih buta hati. Jika Anwar Ibrahim yang Buta Hati, tidak mengapa kerana Hati Anwar Ibrahim memang buta selamanya selagi tidak bergelar Prime Minister!
Malangnya, di dalam kerajaan sendiri, beberapa isu besar melibatkan bajet kerajaan telah disalurkan kepada IKD (kini ditukar nama kepada IKDAS) dan ABIM yang kedua-duanya adalah badan pemikir "think-thank" Anwar Ibrahim. Tahun lalu Anwar telah menulis di dalam tweeternya "...rakan seperjuangan teruskan perjuangan..." Kepada siapakah Tweeter itu ditujukan? Anda fikirkan sekarang?
DS Najib malah Tun Dr. Mahathir diterpedaya dengan permainan simpatis-simpatis Anwar Ibrahim ini. Walaupun bukti-bukti nyata telah diketahui oleh para special branch dan pasukan keselamatan, isunya adakah mereka cukup berani menyampaikannya kepada Perdana Menteri?. Para pejuang maya sudah mendedahkan perkara ini dalam blog masing-masing, khabarnya PM menunggu masa yang sesuai.
Jika orang-orang di kanan Perdana Menteri sendiri memburukkan isteri Perdana Menteri, maka sesuatu 'political will' mesti segera dilakukan sekarang!
Baca lanjut di Rusia Today.
No comments:
Post a Comment