Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penyiaran amanat tersebut menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.
Menurut beliau, berdasarkan fatwa itu, amanat yang disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 adalah bercanggah dari segi ajaran Islam. Rais memberitahu, Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.
Jelasnya, fatwa berkenaan, menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut selain menjual, mencetak, mengedar, membeli, atau memilikinya.
"Sehubungan itu, kementerian dan RTM khususnya adalah terikat dengan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Kesimpulannya, forum berkenaan tidak dapat diadakan kecuali jika Hadi bersedia menarik balik amanatnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Rais mengulas perkembangan terkini tentang penganjuran forum bagi memberi ruang kepada Hadi muncul di kaca televisyen secara langsung selama sejam bagi menerangkan keadaan sebenar berhubung amanatnya yang mengkafirkan ahli-ahli dan penyokong Umno. Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah mendapat pandangan daripada pelbagai pihak.- Utusan Malaysia
Pisau Kedah :-
Elok la Hadi Awang tarik dahulu Amanatnya itu kerana mengikut Fatwa amanat tersebut sudah tersasar dari ajaran Islam. Mungkin selepas itu baru la boleh Hadi Awang muncul memberi penjelasan. Apa-apa pun Hadi Awang perlu tarik balik Amanat itu.
No comments:
Post a Comment