Baru-baru ini Harian Metro telah mendedahkan kisah seorang janda telah di tipu seorang peserta pertandingan Raja Lawak musim ke 5, si Leman Lembu dan Pisau Kedah telah memetik pendedahan tersebut beberapa hari yang lalu.(klik di sini).
Akibat merasakan pendedahan yang di lakukan Harian Metro bakal meleburkan harapannya menjadi calon Parlimen ( PAS ) bagi kawasan Padang Terap, Si Leman Lembu telah membuat laporan Polis di Balai Polis Gong Badak, Kuala Terangganu bagi menafikan apa yang di perkatakan dan akan mengambil tindakan menyaman janda terbabit.
Apa yang dapat kita lihat dalam helaian laporan Polis yang di buat si Leman Lembu, ternyata ianya tertulis " Pengadu Taip Sendiri ". ( bahagian laporan pengadu ).
Dalam laporan yang di taip Si Leman Lembu, ternyata dia telah memutar belitkan cerita yang di sampaikan Harian Metro.
Dalam pendedahan Harian Metro, ( melalui cerita yang di sampaikan Janda yang di tipu Si Leman Lembu ), Harian Metro hanya menulis bahawa Si Leman Lembu mempunyai hubungan erat dengan Janda yang di maksudkan.
Bagaimana pulak dalam laporan Polis yang di taip sendiri oleh Si Leman Lembu, dia mengatakan Harian Metro melalui apa yang di cerita janda terbabit telah mengaibkan dia dengan mengatakan dia pernah mempunyai hubungan cinta dengan janda terbabit.
Bukankah hubungan erat tidak semestinya ianya merujuk kepada hubungan cinta. Kawan baik juga boleh di katakan mempunyai hubungan erat.
Seterusnya dalam laporan Polis yang di taipnya sendiri, dia mengaku pulak mempunyai hubungan dengan si janda berkenaan dan hubungan tersebut telah putus di sebabkan pergaduhan dan salah faham yang wujud diantara dia dan janda terbabit.
Selain itu dalam laporan Polis terbabit, Si Leman Lembu mengakui bahawa di terlewat bayar duit yang di pinjamkan dari janda terbabit, ini menunjukan benar la apa yang di perkatakan janda terbabit bahawa Si Leman Lembu menipu di dalam membuat pembayaran balik.
Lepas ni kita tengok berani tak Si Leman Lembu membawa kes ni kes Mahkamah untuk menyaman janda terbabit kerana apa yang dapat di lihat dari laporan Polis yang di taipnya sendiri merupakan laporan yang bercangah dan berbelit-belit.
Pisau Kedah :-
Pada penyingkiran Si Leman Lembu pada minggu yang ke 7 dalam program Raja Lawak musim ke 5, Si Leman Lembu mengakui dia merupakan bekas seorang peguam dan pernah belajar di Universiti Malaya. namun hakikatnya sebelum menyertai Raja Lawak musim ke 5 dia hanya la penjual minyak tradisional dan selepas tersingikir dari Raja Lawak musim ke 5 dia kembali dengan perniagaan ubat tradisonal di UP TOWN Sungai Petani dan selepas itu berpindah ke UP TOWN Perda, Pulau Pinang sebelum menyertai PAS.
Kalau semua nak tau si Leman Lembu ni bukan setakat duit Janda tu di sapu, malahan ramai lagi yang menjadi mangsanya. Dahulu bekas tunang Si Leman Lembu pernah membuat laporan Polis keatas dirinya kerana kebas duit loan bekas tunangnya.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!