Gambar di atas adalah gambar terbaru Najib yang diambil BERNAMA sewaktu perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi tadi
KUALA LUMPUR – Desas-desus kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak terkena serangan angin ahmar (stroke) terbukti hanyalah khabar angin dan satu lagi siri fitnah yang berterusan dari pihak pembangkang.
Sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri memberitahu Mynewshub, sekiranya benar Najib terkena serangan tersebut, tidak mungkin beliau dapat melaksanakan tugas rasmi seperti biasa.
“Kalau hendak kata terkena serangan angin ahmar yang ringan atau mild stroke sekalipun, tidak mungkin Perdana Menteri boleh menaiki kapal terbang untuk menjalankan tugasan rasminya.
“Misalnya pada hari Sabtu lalu, Perdana Menteri bukan sahaja menaiki pesawat rasmi kerajaan tetapi juga menaiki pesawat AirAsia dari LCCT di Sepang menuju ke Kuantan.
“Kalau dari segi nasihat perubatan, mereka yang baru mengalami serangan angin ahmar adalah diharamkan sama sekali menaiki kapal terbang kerana ia akan memudaratkan lagi keadaan pesakit,” katanya di sini hari ini.
Tambah sumber berkenaan, Najib sempat beriadah pada semalam (Ahad) di samping bertemu dengan beberapa orang kenalan di luar rumah.
Malah hari ini, beliau bertugas seperti biasa di Jabatan Perdana Menteri (JPM) termasuk berucap di perhimpunan bulanan JPM yang berlangsung pada pagi tadi.
“Semua orang boleh melihat dengan jelas Perdana Menteri berucap seperti biasa pagi tadi dan langsung tidak memperlihatkan tanda-tanda terkena serangan angin ahmar,” katanya.
Kata sumber berkenaan, ini satu lagi contoh ada pihak yang terdesak dan tidak pernah berputus asa memburukan Perdana Menteri.
“Ini bukanlah fitnah yang pertama dilemparkan kepada beliau,” katanya.
Sebelum ini beliau pernah difitnah secara melampau termasuk didakwa meninggal dunia oleh sebuah blog di luar negara.My News Hub
No comments:
Post a Comment