Tuesday, November 20, 2012

Video Eksklusif !!! Pendedahan Minit Mesyuarat Palsu Yang Memalukan Azizan Razak






Sebelum ini Pisau Kedah bersama Team Media Kedah (TMK) telah mendedahkan satu jenayah berat yang telah di lakukan Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kesayangan Azizan Razak , Prof Dato' Dr Jamil Osman yang telah mengarahkan Timbalannya Prof Madya Zakariya Man membuat satu dokumen Minit Mesyuarat Palsu klik sini dan pengakuan bersumpah dari Setiausaha Kanan Jamil Osman klik sini bahawa dia di arahkan oleh Timbalan Jamil Osman yang telah mendapat arahan dari Jamil Osman untuk melakukan kerja kotor itu.

Tujuan Minit Mesyuarat Palsu di buat adalah bertujuan untuk mengelak dari pihak KUIN membayar saman yang di kenakan Syarikat Kontraktor Shake Cuisine SDN BHD setelah gagal melunaskan hutang mengikut perjanjian yang di tandatangani di antara syarikat terbabit dengan pihak KUIN.

Setelah Mahkamah dapati pihak KUIN bersalah di dalam melangar perjanjian yang telah di lakukan antara kedua-dua pihak, Mahkmah telah mengarahkan pihak KUIN membayar RM1.599 Juta kepada syarikat terbabit.

Untuk pengetahuan semua, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) merupakan universiti yang di miliki Kerajaan Negeri Kedah melalui Insaniah SDN BHD dan pada tahun ini Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM 15 Juta untuk pihak KUIN untuk mengurus tadbir universiti tersebut.

Dari maklumat yang di perolehi, peruntukan RM 15 Juta yang di peruntukan Kerajaan Negeri telah hampir habis di joli kroni-kroni Jamil Osman dalam KUIN sehinggakan membuat pihak KUIN gagal melunaskan bayaran hutang kepada vendor-vendor yang perlu di bayar mengikut perjanjian.



Pisau Kedah :- 

Nantikan pendedahan demi pendedahan yang akan di lakukan Team Media Kedah berkenaan isu KUIN  yang bakal di musnahkan oleh sahabat kesayangan Azizan Razak.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!