Pada 23 Oktober yang lalu Pisau Kedah ada menceritakan kisah Azizan Razak dan konco-konconya kecut teloq untuk berhadapan dengan kes hina Mahkamah berkenaan isu Tanah Wakaf Madrasah Salihiah. (DI SINI ) sehingga membuatkan perbicaraan berkenaan kes hina Mahkamah terpaksa di tunda sehingga 19/11/2012 (semalam)
Untuk pengetahuan semua di sebalik Kes Hina Mahkamah berkenaan Tanah Wakaf Madrasah Salihiah, Azizan Razak telah mencipta rekod baru Malaysia apabila menjadi Menteri Besar yang pertama terpaksa hadir ke Mahkamah
ALOR SETAR - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak hadir pada pendengaran prosiding komital yang difailkan terhadapnya dan Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar Zaid Ahmad kerana didakwa menghina mahkamah dalam kes Madrasah Salihiah Kanchut.
Beliau tiba di Kompleks Mahkamah di sini pada kira-kira 9.30 pagi dengan diiringi Setiausaha Sulit Kanan Helmi Yahya, Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan) Wisma Darul Aman Ahmad Sazali Md Noor dan seorang pengawal peribadi.
Azizan kelihatan 'semput' ketika memasuki Mahkamah Tinggi untuk prosiding itu, yang didengar Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun, dan beliau keluar hampir sejam kemudian.
Pada 10 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar membenarkan peguam Jesvinderjit Singh, yang mewakili waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah, memfailkan notis permohonan komital terhadap Azizan dan Zaid kerana didakwa menghina mahkamah dalam tempoh perbicaraan kes itu.
Permohonan komital itu dijadual didengar 23 Oktober lepas namun ditunda ke hari ini bagi membolehkan defendan memfailkan afidavit jawapan dan penangguhan masa.
Azizan dan Zaid diwakili peguam Fariza Hamzah dan Masri Azizan dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah.
Sejurus keluar dari kamar mahkamah, Menteri Besar itu berkata kehadiran beliau ke mahkamah hari ini adalah perkara biasa kerana bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak juga pernah berbuat demikian.
Merujuk kenyataan beliau merupakan Menteri Besar pertama yang masih berkhidmat hadir ke mahkamah, Azizan secara berseloroh berkata 'saya buat sejarah, baguslah.'
Sementara itu, Jesvinderjit berkata mahkamah menetapkan 13 Jan sebagai tarikh sebutan prosiding komital tersebut dan mendengar permohonan Majlis Agama Islam Kedah untuk membatalkan writ saman waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah yang menghalang surau berkenaan dirobohkan.
Pada 6 Mei lepas, Jamludin Murad, 58, Fadzil Ishak, 61, dan Fidel Firaidi Mustafa, 49, memfailkan injunksi sebagai usaha menghalang bangunan tersebut dirobohkan kerajaan negeri bagi membina pusat membeli-belah.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) cawangan Kedah hari ini merayu sumbangan daripada orang ramai bagi menampung kos guaman dalam usaha menyelamatkan Madrasah Salihiah.
Naib Yang Dipertuanya, Mansor Ahmad berkata jawatankuasa madrasah memerlukan RM150,000 lagi bagi membayar kos guaman kes itu, yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi.
"Sebanyak RM100,000 telah dapat dikumpul. Saya merayu orang ramai dan ahli-ahli yang bernaung di bawah Pesaka menyumbang RM1 seorang bagi membantu mempertahankan Madrasah Salihiah dari dirobohkan, demi menegakkan syiar Islam.
"Saya yakin dan percaya, sumbangan yang diterima daripada seluruh negara dapat menyelesaikan masalah ketidakcukupan dana," katanya kepada pemberita di sini.
Mansor, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah, berkata Pesaka prihatin dengan isu orang Melayu serta Islam, dan akan berusaha mencari dana bagi membayar kos guaman kes itu.
Katanya, sumbangan atau derma hendaklah dimasukkan ke akaun Bank Islam atas nama Madrasah Salihiah Kancut bernombor 02011020349972.- Bernama
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!