KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas semalam ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.
Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.
“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim. -UTUSAN
Pisau Kedah :-
Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS kerana berani tunjuk kelakian mereka yang selama ini di simpan di sebabkan kepentingan politik dalam Pakatan Haram. Pisau Kedah harapkan tindakan menempelak Nurul Izzah di atas kenyataannya dalam "Kebebasan Beragama" merupakan tindakan yang jujur untuk mempertahankan maruah Islam dan bukannya tindakan yang hanya untuk menyelamatkan diri dari terkena tempias isu yang cukup kontroversi di perkatakan.
Dari maklumat terkini yang Pisau Kedah perolehi, Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu perhimpunan aman dan penyerahan memorandum membantah kenyataan Nurul Izzah berhubung isu menyamakan Islam dengan agama-agama lain dan tindakan Nurul Izzah menyokong LGBT pada 09 Nov 2012, selepas Solat Jumaat bertempat di Ibu Pejabat PKR Tropicana. Selangor.
2 comments:
Dah sampai masa semua pihak menolak keluarga songsang mak, bapak dan anak tu. Dari sejak bapaknya dibuang hingga sekarang, politik dendam mereka telah menyebabkan banyak keburukkan.
Aku sokong dengan tindakan dewan pemuda pas. pas kena sedaq, ramai tinggalkan pas sebab pkr dan dap. pas sepatutnya kembali ke landasan dulu dalam memperjuangkan islam.
Post a Comment