Memalukan !!! bila membaca artikel dari blogger My Massa yang menunjukan seorang remaja Kelantan, penyokong PAS yang telah mencukur rambutnya dengan berbentuk bendera PAS ketika menyaksikan perlawanan Akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan Pasukan ATM.
Selama ini PAS sering membanggakan diri merekalah yang memperjuangkan Islam di Malaysia sehinggakan beberapa artis yang baru belajar nak insaf juga turut di perbodohkan dengan doktrin PAS memperjuangkan Islam namun tidak pernah pun PAS menerapkan nilai-nilai ke Islaman ke dalam penyokongnya.
Ini ke hasil didikan ostad PAS?
Mari kita semak apa hukum buat benda ni.
HUKUM QAZA’ (MENCUKUR SEBAHAGIAN KEPALA DAN MEMBIARKAN YANG LAIN).
Definasi qaza seperti kata Imam Nawawi:
القزع حلق بعض الرأس مطلقا وهو الأصح
Qaza’ ialah mencukur sebahagian kepala.
Hukum Qaza’
ULAMA TELAH BERSEPAKAT MENYATAKAN MAKRUH QAZA’
Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Minhaj (syarh sahih Muslim):
وأجمعوا على كراهة القزع إذا كان في مواضع متفرقة إلا أن يكون لمداواة وهي كراهة تنزيه
Sepakat ulama bahawa makruh QAza’ sekiranya cukur dibeberapa tempat dan dikecualikan sekiranya untuk tujuan perubatan. Maksud makruh disini ialah makruh yang biasa (bukan makruh tahrim)
PENDAPAT EMPAT MAZHAB
MAZHAB HAMBALI
Al-Mardawi dalam kitab al-Insaf berkata:
ويكره القزع بلا نزاع وهو أخذ بعض الرأس وترك بعضه على الصحيح من المذهب
Makruh Qaza’ tanpa ada pertikaian iaitu mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian lain. Ini pendapat sahih dlm mazhab Hambali.
MAZHAB MALIKI
An-Nafrawi berkata:
يكره القزع وهو تفريق شعر الرأس مع حلق ما بينه
Makruh Qaza’ iaitu membelah rambut dengan mencukur ditengahnya.
MAZHAB HANAFI
Imam ibnu Abidin berkata dalam Hasyiahnya:
ويكره القزع وهو أن يحلق البعض ويترك البعض قطعاُ مقدار ثلاثة أصابع
Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian dan membiarkan yang lain terpisah-pisah sekadar 3 jari.”
MAZHAB SYAFIE
Imam Nawawi berkata dalam kitab Raudatut Talibin:
كُره القزع وهو حلق بعض الرأس سواء كان متفرقاً أو من موضع واحد
Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala samada ditempat yg berbeza atau tempat yang sama.
DALIL MAKRUH
ابن عمر رضي الله عنهما يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهى عن القزع
Ibnu Umar berkata “AKu mendengar Rasulullah saw menegah dari Qaza’ ([ البخاري برقم 5576 ومسلم برقم 2120]
عن ابن عمر رضي الله عنهما : أن النبي صلى الله عليه و سلم رأى صبياً قد حلق بعض شعره وترك بعضه فنهاهم عن ذلك فقال ” احلقوه كله أو اتركوه كله ” [رواه أبو داود 4195].
Sesungguhnya Nabi saw melihat seorang budak mencukur sebahagian kepalanya dan membiarkan sebahagian yg lain. Nabi saw menegahnya dan berkata “ Hendaklah kamu mencukur semuanya atau membiarkan semuanya.”
PENTING
1. ULama berkata larangan ini tidak haram kerana termasuk dalam bab adab.
2. Dibolehkan qaza’ untuk tujuan perubatan seperti yg disebut oleh imam Nawawi
3. menggunting dan menipiskan tepi tidak termasuk dalam larangan.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!