Monday, October 22, 2012

Terkini !!! Mat Sabu Komunis Gagal Kali Kedua Membuat Pemohonan Mengetepikan Pertuduhan Ke Atas Dirinya Di Sebalik Isu Mat Indera


Hairan Pisau Kedah dengan sikap Mat Sabu yang ketakutan di sebalik isu Mat Indera yang mengetuai serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong dikatanya sebagai perjuang kemerdekaan di dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasik Gelugor .

Sekiranya benar apa yang di perkatakannya dan mempunyai bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah perjuang Kemerdekaan mengapa perlu Mat Sabu memohon Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengetepikan pertuduhan terhadapnya yang membuat tohmahan memburukkan nama baik 25 anggota polis serta keluarga yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, sedangkan Mat Sabu mempunyai barisan peguam untuk membelanya dalam isu ini untuk mempertahankannya.

Terbaru, hari ini Mat Sabu buat kali ke duanya telah membuat pemohonan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang supaya pertuduhan keatasnya diketepikan telah gagal dan Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah juga mengarahkan kes berkenaan diteruskan perbicaraannya di Mahkamah Seksyen mengikut seksyen 500 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali sekiranya di sabitkan kesalahan.


No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!