Satu cerita panas pergolakan PAS Kedah di Baling tak dapat di selindung lagi apabila PAS di kawasan tersebut berpecah kepada dua, iaitu satu kumpulan yang pro kepada Ahli Parlimen Baling, Taib Azzamuddin dan satu lagi kumpulan yang pro kepada Adun Kupang, YB Cikgu Johari yang sedang melobi untuk bertanding di peringkat Parlimen bagi mengantikan Taib Azzamuddin.
Terbaru pergolakan PAS di Baling tercetus lagi apabila satu pertandingan pemilihan PAS di peringkat cawangan sebuah kampung di kawasan Kupang,Baling yang di adakan di sebuah Masjid.
Gambar yang di kaburkan adalah bekas ketua Cawangan PAS kampung tersebut (gambar semasa masih menjadi ketua cawangan) |
Pergolakan tercetus membabitkan perebutan jawatan Ketua bagi cawangan yang di adakan pertandingan pemilihan tersebut, ianya membabitkan pertembungan diantara penyandang ketua cawangan, bekas pesara kakitangan kerajaan pro kepada Taib Azzamuddin yang mahu pertahankan jawatannya dan Ketua Pemuda PAS cawangan tersebut yang merupakan seorang guru di sekolah Agama pro kepada YB Cikgu Johari.
Gambar di kaburkan adalah Ketua Cawangan PAS yang baru yang sedang bergolak dengan puak pro Taib Azzamuddin |
Keputusan bagi pertandingan itu telah memihak kepada Ketua Pemuda cawangan tersebut yang pro kepada YB Cikgu Johari dengan kelebihan 1 undi sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang dari kalangan penyokong PAS yang pro kepada Taib Azzamuddin.
Akibat dari pergolakan itu, PAS di kawasan itu bukan saja berpecah kepada dua, malahan kini berpecah kepada tiga puak.
Satu puak memihak kepada YB Cikgu Johari, satu puak memihak kepada Taib Azzammudin dan satu puak yang berada di tengah-tengah diantara dua puak yang bertelagah demi mengaut keuntungan dari pergolakan kedua-dua puak berkenaan.
Pertelagahan itu telah membuatkan bekas Ketua cawangan yang Pro kepada taib Azzamuddin telah mengutuskan satu surat kepada pimpinan tertinggi PAS peringkat Negeri untuk menubuhkan satu cawangan yang baru di kawasan itu juga.
Tindakan yang di ambil bekas ketua cawangan itu telah sampai pengetahuan Ketua cawangan baru dan pertikaian telah berlaku di antara kedua-dua puak sehingga ke hari ini, kedua-dua puak tersebut bertikam lidah kerana tidak puas hati.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!