Tuesday, October 16, 2012

Tu Dia !!! Ada Lagi Yang Mengesa Nik Aziz Berundur Supaya Memberi Ruang Kepada Tok Guru Haron Din




Di zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Nik Aziz pernah mengesa agar Tun M supaya melepaskan jawatan kerana sudah lama berada dalam arena politik dan berkata sekiranya Tun M bersedia melepas jawatan dalam politik,dia juga tidak teragak-agak akan berundur dari dunia politik.

Namun setelah Tun M melepaskan segala jawatannya, Nik Aziz yang boleh di kira sudah nyanyok dengan munafiknya masih tidak mahu melepaskan jawatannya dan bersara dari arena politik dan hanya mengunakan alasan rakyat Kelantan yang mendesaknya supaya duduk dalam arena politik.

Sejak akhir-akhir ini rakyat melihat PAS sudah lari jauh dari landasan perjuangan Islam setelah bergandingan dengan DAP dan PKR untuk menuju ke Putrajaya 

PAS kini di lihat sanggup memperdagangkan Islam demi keuntungan politik.

Tak hairan la sekiranya ramai yang bersetuju apa yang di perkatakan Hasan Ali, sudah tiba masanya Tok Guru Haron Din mengantikan Nik Aziz bagi menentu hala tuju PAS yang kini sudah bercelaru.

Terkini Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman menyokong gesaan dari Hasan Ali supaya Nik Aziz berundur bagi memberi ruang kepada Tok Guru Haron Din yang di lihat lebih tinggi ilmu agamanya berbanding Nik Aziz.



No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!