Setelah perpaduan PAS dengan DAP demi kuasa dan dendam terhadap UMNO , perumpamaan yang telah mereka berikan kepada UMNO dahulunya telah membuatkan PAS malu besar kini.
Malahan jangan terkejut sekiranya Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS pernah menyatakan dalam ucapannya di sebuah hotel Selangor dalam majlis tertutup bahawa dia sangup makan daging babi dengan Lim Guan Eng dari memakan Ayam dengan Najib menunjukan sikap PAS sekarang sudah jauh tersasar dari perjuangan Islam yang sebenar.
Terkini PAS bagaikan di cucuk hidungnya apabila seorang pun dari PAS sanggup mempertikai kenyataan yang telah di buat DAP Kedah apabila menegaskan bahawa DAP Kedah akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ianya mahu di laksanaka di Kedah.
Kenyataan yang di buat DAP Kedah ini berikutan tindakan Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad mengeluarkan garis panduan baru pemasangan papan iklan di Alor Setar perlulah bercirikan keislaman.
ALOR SETAR 14 Okt. - DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.
Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranyamenggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam.
Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.
"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan. -Utusan
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!