Monday, October 15, 2012

Terbukti !!!! Mat Sabu Di Tolak Persuruhjaya PAS Negeri Untuk Bertanding Di Kedah.


Ternyata niat Persuruhjaya PAS Kedah, Azizan Razak menidakan kedatangan Mat Sabu di Kedah bagi mengisi ruang kerusi pada PRU13 kerana Mat Sabu bukanlah dari anak tempatan untuk di jadikan calon.

Hasrat untuk Azizan Razak menghalang kehadiran Mat Sabu untuk bertanding di Kedah tidak kesampaian apabila Timbalan Persuruhjaya PAS Kedah 1, Phahrolrazi yang merupakan musuh ketat Azizan Razak di Kedah telah melobi di PAS Pusat untuk membawa masuk Mat Sabu di Kedah.

Di atas desakan PAS pusat kepada Azizan Razak supaya menerima kehadiran Mat Sabu, pada awalnya di tentang Azizan Razak kerana nama Mat sabu tidak di dalam senarai pencalonan untuk kerusi di Kedah kerana kesemuanya telah di isi calon dari anak tempatan.

Namun di sebabkan desakan PAS Pusat, akhirnya Azizan Razak terpaksa akur untuk tunduk kepada desakan supaya Mat Sabu di tempatkan di Kedah untuk bertanding dan kawasan yang di intai Mat Sabu adalah Pendang kerana di kawasan tersebut mempunyai pengaruh dari golongan syiah.


No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!