Monday, October 15, 2012

Info Menarik !!! Lima Buah Penjara Yang Paling Ganas Di Dunia


Kisah ini Pisau Kedah ambil dari portal Melayukini yang menceritakan 5 buah penjara yang paling ganas di dunia sama ada dari urus tadbirnya atau sikap banduan yang berada dalam penjara tersebut


Melayukini.net – 5 Buah Penjara Paling Brutal Di Dunia (Menarik!) | Di Malaysia kita tidak mempunyai penjara yang brutal ataupun ganas kerana semua banduan adalah dalam kalangan orang yang baik. Mereka melakukan jenayah mungkin faktor terdesak dan sebagainya. Namun penjara itu boleh menjadi huru hara sekiranya mereka dilayan dengan layanan yang amat buruk sekali. Penjara bukan semata untuk mengurung, tetapi untuk mendidik. Jom lihat 5 penjara paling brutal di dunia.
1. Candiru Prison (Brazil)
Penjara ini pernah mengemparkan Brasil juga dunia ketika berlaku rusuhan besar di penjara tersebut pada tahun 1992. Tragedi pembunuhan yang melibatkan polis tempatan. Ratusan mangsa terkorban, 103 (ada yang mengatakan 111 banduan) di antaranya telah terbunuh.
Tragedi Caradiru bermula dari meletusnya perang antara kumpulan di penjara tersebut, yang merebak hingga melibatkan banyak banduan. Polis kemudian datang mengawal keadaan.
Sebenarnya semasa itu banyak banduan telah menyerah dengan melemparkan senjata mereka . Mereka meminta perlindungan polis. Namun dijawab polis dengan menembak mereka.
 2. Bang Kwang Prison (Thailand)
Dikenali sebagai “Bangkok Hilton”. Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak layak lagi, selain penuh sesak, juga kekurangan tenaga penjaga banduan. Banduannya dirantai.Banyak banduan jadi gila akibat tekanan bermula bulan-bulan pertama di penjara itu.
Pengarah Penjara Khun Nattee mengakui, penjaranya adalah paling teruk di seluruh Thailand. Di sini kemudahan sangat minima, termasuk rawatan kesihatan terhadap banduan sangat kurang. Banduan yang sakit hanya boleh meringkuk dengan kaki dirantai di biliknya, sambil menunggu datangnya ubat (jika ada)
 3. ADX Florence Supermax Prison: (Colorado)
Penjara ini dibina sebagai respon atas serangan terhadap penjaga banduan dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika. Di penjara ini menerapkan maximumsecurity untuk mencegah terjadinya serangan banduan terhadap penjaga banduan dan kakitangan penjara.
Akibatnya banduan diasingkan dari kakitangan penjara. Banduan menerima penyiksaaan psikologi kerana selama 23 jam hanya dihabiskan di selnya. mereka tak boleh ke mana mana.
Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk tidak boleh dilupakan oleh mereka. Di sana mereka menerima keadaan paling teruk dari yang terburuk. Banduan yang masuk ke sini adalah penjenayah kelas pertama termasuk yang telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah “neraka” penjara yang boleh mengakibatkan derita seumur hidup.
Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan diberitakan mati terbunuh di ADX Florence. Salah seorangnya Lawrence Klaker. Ada yang menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang mengatakan beliau membunuh diri
 4. Alcatraz Island Prison: (San Francisco, CA)
Penjara ini, yang dikenali sebagai “The Rock”, atau “Devil’s Island”. Dibina pada tahun 1920-an. Segala yang tidak nyaman ada di sini. Alcatraz dirancang sedemikian rupa sehingga amat kecil kemungkinan banduan boleh melarikan diri dari sini. Alcatraz benar-benar menciptakan dunia sendiri. Banduan benar-benar terputus hubungan dengan kehidupan di luar sana.
Pejabat penjara yang ganas, penjaga banduan yang kasar, tindakan tidak berperikemanusiaan mewarnai hari-hari para banduan di sana. Tidak hairan jika banyak yang mengalami gangguan jiwa akibat tekanan psikologi yang luar biasa.
Bayangkan saja, di sana ada larangan untuk tidak boleh bercakap-cakap dengan banduan lain, kalau tidak menurut, hukuman menunggu. Banduan dilarang menzahirkan emosinya. Mereka dipaksa diam. Hak-hak sebagai manusia, di Alcatraz, telah dicabut. Sungguh penjara “neraka”. Penjara ini ditutup pada 1963, tetapi warisan kegelapan terus “hidup” dan menjadi legenda.
 5.San Quentin Prison: (San Quentin, California)
Tahun 1930an, pengelolaan penjara ini penuh dengan rasuah, sehingga akhirnya muncul pengarah baru Clinton Truman Duffy yang melihat keadaan tidak berperikemanusiaan dari penjara ini, memutuskan melakukan penambahbaikan di tahun 1940 an.
Tapi sebelum masuknya pengarah baru, penjara ini dikenali sangat tidak berperikemanusiaan memperlakukan para banduan, khususnya yang masih baru. Kepala mereka dibotakkan dan dipaksa memakai seragam yang diberi nombor, mereka makan dengan makanan busuk. Menghuni sel sempit tanpa diberi lampu.
Di sini nyawa tidak ada harganya. Rusuhan antara etnik kerap terjadi. Etnik antara penjaga penjara dan banduan tidak sama, itu sebabnya banyak perkara terjadi diluar kawalan.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!