Hari ini ,300 perkerja di bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kuala Lumpur, Kampung Attap di kejutkan apabila menerima panggilan dari seorang lelaki yang mengatakan dia tidak sukakan LHDN dan telah meletak 5 butir bom di salah satu pejabat LHDN di tingkat 20 dan 21 bangunan tersebut.
Pihak Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad. Mengesahkan menerima panggilan dari seorang Pegawai Keselamatan bangunan tersebut pada pukul 10.11 pagi dan telah menghantar Unit Bom ke tempat berkenaan.
Sebelum Unit Bom membuat pemeriksaan , arahan telah di buatkan supaya bangunan berkenaan di kosongkan bagi mengelak perkara yang tidak di ingin berlaku.
Setelah selesai membuat pemeriksaan, Unit Bom mengesahkan bahawa tiada bom yang terdapat dalam bangunan tersebut dan perkerja di benarkan kembali melakukan kerja seperti biasa..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!