Nampaknya Anwar benar-benar tertekan dengan isu RM3 bilion yang dikatakan dimiliki oleh Ketua Pembangkang itu ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri yang didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid.
Apatah lagi Timbalan Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin, telah meminta agar dakwaan tersebut disiasat secara terperinci dan adil bagi mendedahkan siapa sebenarnya Anwar yang didewa-dewakan oleh puak-puak Pakatan Rakyat.
Persoalannya, mana datangnya RM3 bilion di dalam 20 akaun induk yang melibatkan aset, saham dan wang?
Lebih memeritkan lagi untuk Anwar jelaskan ialah fakta-fakta tersebut datangnya dari seorang bekas Gabenor Bank Negara. Bagaimana dia nak menjawab dakwaan tersebut?
Lantas dengan yakin, Anwar menyerang Muhyiddin semalam dengan mempersoalkan tentang sewa rumah Timbalan Perdana Menteri itu ketika awal dilantik menganggotai kabinet kerajaan.
Katanya, dia tahulah “rahsia sewa rumah” itu memandangkan dia adalah Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
Namun jika difikir-fikirkan, jika benar pun sewa rumah Muhyiddin ketika itu dibayar oleh kerajaan atau Anwar sendiri, atau mana-mana pihak sekali pun, siapakah yang meluluskan pembayaran tersebut?
Kementerian Kewangan atau Timbalan Perdana Menteri?
Seperkara lagi, Anwar mengaku sebagai “boss” Muhyiddin ketika itu, mengapa dia membenarkan pembayaran sewa itu dibayar oleh pihak lain? Kenapa dia tidak halang atau persoalkan isu tersebut ketika itu?
Dan mengapa baru sekarang Anwar mahu mengungkit tentang bayaran sewa rumah tersebut?
Saya rasa pelik apabila Anwar membandingkan jumlah sewa rumah Muhyiddin pada belasan tahun lalu dengan jumlah RM3 bilion yang dikatakan “dikaut” Anwar ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Berapa jumlah sewa Muhyiddin untuk satu tahun ketika itu? Banyak sangatkah sampai mencecah RM100,000 sebulan? Kalau sewanya berjumlah RM100,000, setahun sewanya berjumlah RM1.2 juta.
Tapi Anwar ada RM3 bilion..!!! Berapa lama perlu ditunggu untuk mengumpul wang, aset dan saham sebanyak itu?
Siapa pula yang berikan pada Anwar? Itulah persoalan terbesar mengenai sumber wang, aset dan saham Anwar itu. Dari mana datangnya? Kerajaan? GLC? Syarikat swasta? Atau dari rakan-rakan Yahudinya seperti Wolfowitz, Soros dan sebagainya?
Padanlah Anwar kerap mengelilingi dunia dengan senang hati. Boleh mengatur perjumpaan dengan sahabat-sahabat Yahudinya, proksi sana, proksi sini, tali barut sana, talibarut sini. Maklumlah, banyak sangat duit…
Tapi yang peliknya, tergamak juga Anwar menyuruh Kak Wan meminta derma dari para penyokong PKR dan Pakatan Haram. Kononnya “dana pilihanraya”. Khabarnya beratus ribu jugalah yang berjaya dikumpul bila Kak Wan buat “muka kesian” meraih simpati…
Padahal, duit Anwar berlambak-lambak di dalam bank di sana-sini. Mungkinkan “derma” itu salah satu cara Anwar “kebas” duit rakyat secara segera? Bukan apa..agak sukar juga nak gunakan wang RM3 bilion itu di dalam negara, nanti orang tengok dia mewah pula, kan?
Pergerakan Pemuda UMNO Kedah telah membuat satu laporan polis di IPD Padang Terap terhadap dakwaan wujudnya 20 akaun individu yg dikawal oleh Jantan Y Anwar Ibrahim membabitkan saham dan wang berjumlah 3 bilion. Pergerakan Pemuda UMNO Kedah merasa bertanggungjawap untuk mendesak pihak SPRM dan Polis untuk menyiasat dakwaan ini krn ia membabitkan wang rakyat yg besar. Selama ini Anwar Ibrahim selalu mendakwa bahaw beliau seorang tokoh politik yang bersih dan anti penyelewengan,jadi Anwar seharusnya bertindak membuat laporan Polis bagi membersihkan namanya. Namun jika Anwar seorang yang bacul atau penakut,beliau boleh mngabaikannya sambil berlakon tak ada apa-apa dan menggunakan pentas ceramah untuk menafikannya. Tetapi Anwar tak boleh mnghalang persepsi yang bermain dan berlegar di minda rakyat. Rakyat bukannya bodoh untuk diperbodohkan dengan retorik bodoh - AUPN
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!