Lebih dari 30,000 rakyat Johor berikrar akan taat setia kepada Sultan Johor setelah hak Sultan Johor membeli no plat www 1 di pertikai oleh Nizar Jamaluddin.
Video di atas cukup jelas mengambarkan bertapa rakyat Johor menyayangi Sultan mereka,sehinggakan air mata Sultan Johor mengalir kerana ketaat rakyat terhadap baginda. Pisau kedah menyarankan kepada rakyat Johor supaya mengharamkan penderhaka kepada Sultan Johor daripada menjejaki bumi Johor.
Harus di ingat rakyat Johor setitik air mata Baginda Sultan Johor menitik ke bumi, Rakyat Johor haruslah bangkit menentang anasir-anasir yang cuba memperburukan Sultan yang di sayangi rakyat Johor.
Kisah Sultan Johor panas di perkatakan di dalam seluruh media masa sejak akhir-akhir ini apabila Nizar Jamaluddin, dengan bongkaknya mempersoalkan hak Sultan Johor membeli no plat www 1 yang berharga RM520,000 dengan mengunakan wang Baginda sendiri tanpa mengunakan wang rakyat.
Semua rakyat mengetahui kemampuan Sultan Johor yang tak perlu di pertikaikan, Baginda mempunyai perniagaan sendiri, di sebalik kemampuan yang di miliki Sultan Johor,Baginda ada hak mengunakan wang hasil perniagaan keluarga Baginda untuk melakukan apa jua sekali pun, tak ada siapa pun boleh mempertikai Hak Baginda mengunakan wang dari perniagaan Baginda sendiri.
Di sebalik kebiadapan Nizar, tidak ada seorang pun pemimpin tertinggi PAS yang berani mengambil tindakan tatatertib terhadap Nizar, apa yang dapat kita lihat Nik Aziz,Hadi Awang dan Mat Sabu bagaikan tidak perduli dengan apa yang di lakukan Nizar terhadap Sultan Johor sehinggakan membuatkan Salahuddin Ayub yang gilakan kerusi Menteri Besar Johor tersentak dan cukup marah dengan Nizar, bagaikan penghalang cita-citanya menjadi MB Johor.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!