Friday, May 11, 2012


PETALING JAYA 11 Mei - Perakam video bayi didera oleh ibu kandung sendiri yang ingin dikenali sebagai Shima, 32, berkata, dia menerima pelbagai tohmahan daripada orang ramai yang menganggapnya tidak berhati perut selepas video itu tersebar di media sosial.
"Bukan sengaja saya ingin merakamkan kejadian itu tetapi kerana inginkan bukti untuk diberikan kepada pihak polis bagi memastikan ibu kandung bayi yang berusia 10 bulan (ketika video dirakam) itu menerima hukuman selepas berbulan-bulan dia mendera bayinya, jadi saya terpaksa.

"Untuk mereka yang tidak tahu perkara sebenar, janganlah menuduh membuta tuli dan mengatakan saya bersekongkol, siasat dahulu supaya tahu apa yang berlaku tetapi bila ini yang saya terima saya kesal dan sedih," katanya kepada Bernama sambil mengesat linangan air matanya.

Katanya, pada malam kejadian video itu direkodkan sekitar Mei tahun lepas, ibu bayi berkenaan yang berusia 20 tahun bertindak agresif dengan memukul anaknya selepas dia dinasihat agar menghentikan penderaan terhadap anaknya serta menghalang wanita itu daripada berjumpa teman lelakinya.

"Mungkin marahkan saya kerana membebel, wanita itu terus mencapai anaknya yang berada di ruang tamu ketika itu dan meluru masuk ke dalam bilik.

"Wanita itu kemudiannya bertindak untuk mengunci pintu tetapi saya halang sehingga saya sendiri dikasari dan rambut saya ditarik dan diseret keluar dari bilik," katanya yang memberitahu wanita itu merupakan anak kepada jirannya ketika dia menetap di Damansara Damai. - BERNAMA

Begitu menyayati hati bila kanak-kanak terbabit meraung kesakitan.




Pisau Kedah inggin memohon maaf di atas kritikan yang melampau Pisau Kedah terhadap perakam video ini di sini sekiranya pengakuan dia benar,tetapi sekiranya sebaliknya maka tanggunglah di akhirat nanti.


Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang normal,pasti akan merasa marah dan meremang bulu roma bila tengok video ini,rasa simpati terhadap kanak-kanak terbabit.


Pisau Kedah :-


Hati siapa tidak sakit apabila kanak-kanaak terbabit di biarkan di dera.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!