UMNO negeri ini melihat tangapan pihak tertentu kononnya parti itu menolak Islam seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak sebagai tindakan terdesak oleh mereka yang ingin mempertahankan kedudukan politik dengan matlamat meraih sokongan rakyat.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin berkata UMNO menggunakan mandat serta kuasa yang diberikan oleh rakyat untuk mengembangkan syiar Islam di negara ini dan bukannya menjadikan alat untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Menurut beliau dengan kuasa yang ada, kerajaan mengembangkan pelbagai dasar yang berkaitan Islam berbanding dengan Pas yang menggunakan Islam untuk mendapatkan kuasa. - MediaUMNO
No comments:
Post a Comment