pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, April 27, 2012

Kerana mahu menjilat DAP,Nizar sanggup mengfitnah Angkatan Tentera..

KUALA LUMPUR 26 April - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menyifatkan tuduhan tidak berasas anggota pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaitkan ATM dan Perdana Menteri dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini berbaur hasutan. Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin dalam satu sidang media di sini hari ini berkata, seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM. Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya pada malam Isnin lepas dilaporkan mendakwa perdana menteri mengadakan pertemuan dengan semua panglima angkatan tentera dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Zulkefli berkata kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara. 


"Dewasa ini wujud banyak pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang sentiasa berusaha untuk meracuni pemikiran rakyat bertujuan bagi menghakis keyakinan masyarakat terhadap ATM dan kerajaan memerintah pimpinan BN serta tidak terkecuali individu tertentu dalam usaha melindungi politik mereka," katanya. 

Turut hadir pada sidang media itu ialah Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali. Zulkefli berkata ekoran tuduhan tersebut, ATM akan membuat laporan polis agar siasatan dapat dilaksanakan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan tersebut. "Justeru, semua pihak diseru jangan sesekali terpengaruh dengan tohmahan pihak berkaitan kerana ATM sentiasa mendukung perlembagaan dan bersikap profesional," katanya. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog