Assalamualaikum...
Memang tidak dinafikan bahawa kehidupan dunia indah apabila dikelilingi apa yang diingini oleh nafsu ammarah. Sepertimana disebut dalam ayat yang lepas dan beberapa ayat lain di dalam Al-Qur’an bahawa dunia ini hanyalah permainan yang melalaikan, gelak ketawa yang menggelapkan hati kebanggaan pada harta-benda dan anak-pinak yang banyak semata-mata. Yang demikian itu jika dilihat dengan mata kasar manusia yang terbatas sahaja. Jika dilihat dengan pandangan mata hati, tiada apa yang dilihat melainkan pancaroba yang penuh cabaran. Masyarakat hari ini terutamanya golongan muda teramat menyukai hiburan terutamanya yang melalaikan.
Rasulullah S.A.W telah memperingatkan umatnya bahawa pada akhir zaman mereka diserang satu penyakit iaitu suka kepada hiburan. Sabda Rasulullah ini telah terbukti kebenarannya pada hari ini. Remaja-remaja Islam kini leka dengan hiburan. Hiburan yang bercanggah dengan Syara’ adalah pilihan mereka untuk dijadikan penghibur hati. Punca-punca gejala ini telah dikenalpasti di antaranya ialah kurang didikan agama dan ketempangan peribadi remaja-remaja itu sendiri. Mereka tidak mendapat didikan sejak kecil ataupun didikan yang tidak cukup. Di sana masih ada punca-punca lain yang tidak disebut disini. Oleh kerana tidak memahami kehidupan dari sudut agama, mereka telah melakukan kesilapan dengan memilih hiburan seperti ini.
Kaji selidik telah dibuat pada beberapa tahun dahulu dan mendapati hampir kesemua golongan ini tidak mengerti hal agama. Mereka hanya tahu bekerja pada siang hari dan berhibur pada malamnya, bahkan ia dijadikan rutin harian mereka. Gejala ini tersebar luas terutamanya di bandar-bandar besar yang menjanjikan kehidupan yang senang lenang. Ia juga menular lebih luas apabila remaja-remaja yang bekerja di bandar pulang ke kampung halaman dengan membawa budaya ini. Keadaan ini cukup membimbangkan ibubapa-ibubapa di negara kita.
Kegilaan remaja-remaja di Barat terhadap hiburan telah menjejaskan kehidupan sosial mereka. mereka terus menggilainya walaupun mereka tahu ia merugikan. Mereka mengabaikan pelajaran semata-mata untuk berhibur bersama rakan-rakan. Hal ini cukup membuatkan golongan ibubapa di Barat bimbangkan anak-anak mereka. di samping itu, banyak pihak yang mengambil peluang mengaut keuntungan yang banyak daripada kegiatan hiburan yang mereka lakukan seperti penujalan album-album lagu, mengadakan konsert, mengeluarkan produk yang menggunakan nama artis sebagai duta produk dan lain-lain lagi.
Dalam kegilaan ini, mesej fahaman-fahaman tertentu yang sesat dapat disampaikan. Contohnya Black Metal, penyokong-penyokong fahaman ini ini menyampaikan mesej-mesej mereka melalui lagu-lagu di samping cara pemakaian dan pergaulan yang melambangkan fahaman mereka. Gerakan Kristianisasi juga aktif menggunakan peluang ini untuk mendapat perhatian golongan remaja. Gerakan ini telah merancang perancangan sejak sekian lama untuk memurtadkan anak-anak muda yang beragama Islam. Kelemahan inilah yang dapat mereka hidu untuk menyerang pemikiran golongan ini.
Gejala ini juga adalah gejala semasa yang dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan besar dunia seperti Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, tidak sahaja kepanasan global yang menimpa dunia hari ini. Pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak tertentu, namun tiada kesan positif yang menunjukkan gejala ini berkurangan. Meskipun PBB dan pertubuhan-pertubuhan besar, ada pihak yang lain yang mengambil langkah penyelesaian kepada masalah ini. Malangnya, segala aktiviti dan kempen yang dijalankan tidak mendapat sambutan dan hanya mendapat sokongan minoriti. Pertubuhan-pertubuhan besar pula hanya melepas batuk di tangga.
Sejak kedatangan penjajah-penjajah ke tanah air umat Islam, mereka telah membawa banyak kebudayaan dan pemikiran mereka. Mereka telah menyemaikannya ke dalam pemikiran anak-anak muda Islam dengan pelbagai cara dan kaedah untuk diwarisi dan diteruskan kepada generasi seterusnya. Oleh itu, tidak menjadi suatu perkara yang menghairankan jika wujud di sana rentak muzik yang menyerupai rentak Barat. Apa yang dilakukan di Barat turut dilakukan di negara-negara umat Islam. Biarpun penjajah –penjajah mendakwa bahawa apa yang mereka bawa itu baik dan bertamadun, sebenarnya ia adalah satu malapetaka kepada umat Islam. Mereka sebenarnya memendam tujuan untuk memusnahkan umat Islam dalam misi penjajahan mereka.
Hukum Islam tidak mengharamkan hiburan asalkan ia menepati Syara’. Perkara ini mesti difahami oleh umat Islam supaya mereka dapat memahami perihal sebenar. Islam juga membolehkan beberapa rentak Barat seperti Rap keran ia bersesuaian dengan konsep dakwah. Untuk berdakwah di Amerika dan Eropah, para pendakwah telah menggunakan hiburan ini untuk mendekati masyarakat di sana terutama golongan pemuda. Ia terbukti lebih berkesan dari cara dakwah di masjid-masjid dan pidato. Para pendakwah Barat telah menubuhkan kumpulan penyanyi ini yang membawa mesej dakwah seperti Outlandish dan Soldier Of Allah. Sepanjang dakwah mereka, banyak album telah dikeluarkan sebagai tatapan masyarakat di sana. Berkat keikhlasan dan usaha keras, umat Islam di Barat telah berkembang lebih pantas berbanding di Timur.
Walau apa pun keadaan, umat Islam hendaklah sedar akan bahayanya gejala ini dan berusaha menyelamatkan muda-mudi mereka dari diserang wabak ini. Musuh Islam menyerang umat Islam dari semua penjuru dengan bersungguh. Mereka menjadikan hiburan sebagai senjata mereka untuk menyerang umat Islam. Umat Islam mesti kembali kepada Islam dalam segala etika kehidupan mereka dan melaksanakannya. Kerana ia satu-satunya perisai yang kuat yang menyelamatkan mereka dari segala ancaman musuh.
nantikan sambungannya... terima kasih...
Kembali pada Islam bukannya kembali pada PAS..Islam itu agama..PAS itu cuma satu parti politik..meninggalkan PAS tidak bererti tinggalkan Islam..yang penting adalah pejuangan hidup,bukannya perjuangan satu parti politik seperti PAS yang sanggup buang Perjuangan Islam demi kerana ingin bersama DAP yang anti Islam.

No comments:
Post a Comment