Sumber :-klik sini
KENYATAAN AKHBAR
AHAD, 26 FEBRUARI 2012
DR BADRULAMIN DINASIHAT BERCUTI SEBULAN UNTUK BERSIHKAN NAMA
Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahrom dinasihatkan supaya mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan yang dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.
Kerajaan Negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu dan mendesak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan professional demi menjaga maruah beliau sebagai muslim sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.
Kerajaan Negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau.
Sepanjang tempoh bercuti ini, tugas-tugas beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh Sekretariat akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar yang diketuai oleh Setiausaha Akhbar Dato' Menteri Besar.
Akhir sekali Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan.
DIkeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Pisau Kedah :-
OOOooo Maruah yang khalwat di pertahankan dengan memberi alasan ajaran islam,yang Ostaz khalwat tu yang menghina Mufti Perak,Bekas Mufti Perlis tak apa pulak,,tak pulak di pertahankan ulama berkenaan.Hebat sungguh permainan politik Pakatan Haram ni,,menjual agama demi politik..
Pisau Kedah tertanya tanya juga, professionalkah kerajaan Selangor sekarang ini untuk meminta Jabatan Agama Islam Pahang professional setelah dahulunya mempertikaikan Hasan Ali bersama JAIS memeriksa Gereja yang cuba memurtadkan aqidah umat islam dan menjilat habis-habisan DAP yang mempersoal tindakan Hasan Ali
Jom kita tonton video ulama di hina Badrul Amin
No comments:
Post a Comment