pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, February 11, 2012

Panas !!! Kerana terima cabaran berdebat Zulkifli Noordin di saman

Video YB Zul terima cabaran untuk berdebat




"KUALA LUMPUR 10 Feb. - Kes saman fitnah Dr. Abdul Aziz Bari terhadap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd., ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 dan 25 September depan.
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof di kamar beliau ketika pengurusan kes saman itu hari ini.
Abdul Aziz memfailkan saman itu pada 22 Disember 2011 setelah mendakwa, kata-kata fitnah itu secara langsung merujuk kepadanya kerana nama dan jawatannya ketika itu disebut secara spesifik.

Artikel yang bertajuk, ‘Zulkifli Noordin sahut cabaran Aziz Bari’ itu disiarkan pada 17 Oktober tahun lalu.Abdul Aziz selaku plaintif menamakan Zulkifli, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan syarikat akhbar itu masing-masing sebagai defendan pertama sehingga ketiga.

Menurut Abdul Aziz, kata-kata tersebut amat jahat sama ada atas kapasiti peribadinya atau atas jawatannya yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa.
Peguam Rohanidah Shafie yang mewakili syarikat akhbar itu dan juga Ketua Pengarangnya memberitahu pemberita, pihak-pihak dikehendaki memfailkan ikatan dokumen, fakta dan isu yang dipersetujui untuk diserahkan sebelum pengurusan kes pada 17 April depan. - UTUSAN"


inilah sikap puak-puak pakatan haram,,bila depa dok kritik tak apa,,bila orang kritik depa,depa kata fitnah.


1 comment:

Anonymous said...

Sebenarnya Aziz Bari ni belagak saja. Macam la dia tu teror sangat. Ramai lagi pakar perlembagaan ni sebenarnya tapi mereka tu taklah nak tunjuk. Kan kata orang semakin berisi semakin tunduk. Manusia yang semakin berilmu akan semakin tawadhuk. Tapi kalau perangai pun dah bongkak macam malaun, merasa dialah tahu segalanya maknanya dia bukanlah orang berilmu tetapi pandai tapi jahat. Orang PAS kalau tak puas hati pi mengaji bab-bab tasauf dulu baru hampa paham apa yang saya tulis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog