Di sebalik isu sambutan Tahun Baru Cina yang di adakan di Pulau Pinang baru-baru ini, ternyata dan jelas bahawa Pakatan Haram Pulau Pinang sedang berada di dalam ketakutan setelah program yang di anjurkan parti Komponen dalam BN mendapat sambutan hangat dari golongan anak muda Cina.
Demi mahu menutup ketakutan terhadap program yang di anjurkan parti komponen dalam BN, Pakatan Haram telah mengarahkan penyokong-penyokongnya ke program berkenaan untuk sabotaj ucapan yang telah di sampaikan YAB DS Najib Razak di program berkenaan dengan membuat provokasi melampau.
Ketika penyokong Pakatan Haram membuat provokasi terhadap ucapan YAB DS Najib Razak, kumpulan terbabit telah membuat rakaman ketika melaungkan perkataan "NO" dengan nada yang kuat dan berdekatan dengan kumpulan Penyokong Pakatan Haram berkenaan supaya rakaman video berkenaan jelas dapat merakam laungan " NO " dari mereka ketika YAB DS Najib Razak bertanya kepada hadirin " Are You Ready For BN ? ".
Sekiranya video di rakam secara menyeluruh dan jauh dari kumpulan penyokong Pakatan Haram melakukan provokasi, ternyata laungan " NO " dapat di tengelami dengan laungan " YES " di sebalik pertanyaan YAB DS Najib Razak " Are You Ready For BN ? ".
Semua kita tahu, tujuan penyokong Pakatan Haram di hantar ke program berkenaan hanyalah untuk menganggu sahaja. Tindakan provokasi sememangnya sudah di rancang kumpulan terbabit supaya imej YAB DS Najib Razak dapat di jatuhkan di mata rakyat dan rakyat mempercayai segala penipuan mereka.
Pisau Kedah yakin, Pakatan Haram sememangnya berada dalam ketakutan untuk berhadapan dengan impak sambutan program berkenaan dari golongan anak muda Cina. Sebab itu lah Pakatan Haram telah mengarahkan penyokongnya membuat gangguan di program berkenaan setelah cubaan mereka mengagalkan kehadiran penyanyi populor Korea, PSY menemui jalan buntu.
terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/
ReplyDeleteterbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/
ReplyDelete