Thursday, February 7, 2013

Hot !!! Mazlan Aliman Di Malukan Lagi



Tak habis-habis lagi modal “auta” Presiden ANAK, Mazlan Aliman yang memperlekeh-lekehkan saham Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia di khalayak masyarakat Malaysia, khususnya pakcik dan makcik kita di tanah-tanah rancangan Felda.


Pada 1 Februari lalu, Mazlan Aliman melalui satu temuramah telah menyatakan bahawa saham FGV kononnya sedang jatuh merudum dan tidak stabil sehingga menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit telah dialami oleh para pemegang saham kedua terbesar dunia itu.
 
Mazlan Aliman berhujah, saham FGV itu disenaraikan tidak sesuai pada masa yang kononnya ekonomi tidak stabil, harga minyak sawit yang tidak stabil dan tanah Felda Plantation yang dipajak kepada FGV itu sudah tua usianya serta tidak produktif.

Dalam kenyataannya itu, Presiden ANAK itu menyimpulkan bahawa saham FGV itu kini dalam keadaan yang sangat “kritikal”. Tiba-tiba saja dia jadi “pakar komoditi” dan “pakar saham”..?

Untuk pengetahuan, ketika Mazlan Aliman ditemuramah itu merupakan hari cuti umum (Hari Wilayah) dan Bursa Saham tidak beroperasi. Namun, ketika Bursa Malaysia ditutup pada 31 Januari menunjukkan harga saham FGV bernilai RM4.58..!

Tapi Mazlan Aliman kata, harga saham FGV sedang jatuh merudum berbanding harga tawaran awal saham pada harga RM4.45. Saya nak tanya Mazlan Aliman, nilai mana satukah yang lebih tinggi di antara RM4.45 dengan RM4.58? Dia belajar matematik, tak?

Betulkah ramai yang rugi beratus juta ringgit kerana memiliki saham FGV? Saya cabar Mazlan Aliman untuk beritahu mana-mana pelabur yang jatuh miskin papa kedana kerana memiliki saham FGV. Ada ke pelabur yang tak makan kerana saham FGV? Ada?

Fakta pertama pun dia sudah “kantoi” menipu, apatah lagi fakta yang kedua, ketiga dan seterusnya, kan?

Dalam temuramah itu, Mazlan Aliman kata dia bukan pakar ekonomi. Tapi, tiba-tiba pula dia nak nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menunggu masa yang sesuai dengan keadaan ekonomi sebelum menyenaraikan saham FGV di Bursa Malaysia.

Sedar la diri tu sikit! Datuk Seri Najib tu lulusan luar negara dalam jurusan Ekonomi, Mazlan Aliman ada apa? Itu pun ada hati nak beri nasihat pada Perdana Menteri? Tolonglah cermin diri tu. Keluarga Mazlan Aliman sendiri hidup dari hasil kemakmuran idea bapa Datuk Seri Najib..!

Apakah Mazlan Aliman tak tahu bahawa baru-baru ini harga minyak sawit dijangka melonjak naik dalam masa terdekat?

Lagipun, FGV sudah mengorak langkah kepada hasil tanaman lain untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak sawit. Mazlan Aliman tahu apa itu “minyak canola”? Jangan terkejut FGV ada kilang proses minyak canola di Kanada!

Mengenai tanah Felda itu Mazlan Aliman tak perlu risau. Felda tak perlu keluar duit pun untuk proses penanaman semula pokok-pokok kelapa sawit yang sudah tua itu sebagaimana dulu.

Dulu, Felda juga merungut kerana kekurangan dana untuk projek tanaman semula. Tapi sekarang Felda tak perlu pening lagi cari duit. FGV akan selesaikan kos proses tanaman semula itu. Felda hanya pantau saja.

Sebenarnya tidak timbul sebarang persepsi pokok tua sebanyak 53 peratus itu tidak produktif. Dulu Felda buat proses tanaman semula, tak rugi apa-apa pun, walaupun terpaksa tunggu selama 3 tahun untuk memperoleh hasil tanaman sawit. Apatah lagi FGV, senang je tu…

Justeru itu, saya berpandangan bahawa hujah dan kesimpulan Mazlan Aliman tentang saham FGV sememangnya tidak boleh dipakai. Langsung tak boleh dipercayai. Betul-betul karut dan tidak berasaskan fakta yang sebenar.

Saya dimaklumkan bahawa Mazlan Aliman akan melipat gandakan gerakan memburuk-burukkan Felda sempena PRU ke-13 tidak lama lagi. Dia sedang mencari jalan untuk mengadakan ceramah-ceramah fitnahnya di tanah rancangan. Tak mengapa, kita “follow” dan lihat kebodohan dia…

mykmu

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!