Semakin hari semakin menjadi dramatik la pulak kisah YB PAS di kawasan DUN Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar yang balun isteri penyokong sendiri setelah isteri kepada si penyokong YB PAS bekenaan, Aida Tengah telah tampil memberi kenyataan berhubung isu tersebut.
Kenyataan itu di lakukan setelah bekas suami Aida Tengah, Apandi Abdullah mendedahkan Aida Tengah akan di berikan sejumlah wang RM 200,000 oleh Dato' Tengku Hassan, Adun Ladang. Kuala Terangganu sekiranya Adun berkenaan menjadi Menteri Besar
Isu YB PAS merampas isteri pengikutnya semakin hangat apabila telah mendapat jawapan balas daripada isteri YB Pas berkenaan di ruang komen portal Terengganu Today yang mana beliau menafikan cerita bekas suaminya iaitu Apandi.Berikut adalah jawapan balas muslimah PAS (Isteri YB PAS yang dituduh merampas bini orang)…
Klik untuk besarkan imej... TT tidak menuduh dan memfitnah tetapi kita hanya sekadar bertanya. Jika puan muslimah PAS ini betul-betul tidak melakukan seperti dakwaan bekas suaminya, apa nak takut. Bersumpah sahaja dengan nama Allah bahawa puan muslimah PAS ini tidak ada kaitan dengan sebarang cerita yang dikemukakan.Persoalannya ialah, mereka bercerai kerana disebabkan suaminya yang malas bekerja. Adakah itu punca utama muslimah PAS berkenaan mengambil kesempatan mendampingi YB PAS Ladang.Atau YB PAS Ladang tersebut telah menangguk di air yang keruh?
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!