Setiap kali penulis membaca mengenai penderaan kanak-kanak, bercampur-baur perasaan penulis.
Marah, benci, sedih …semuanya ada.
Tak tahulah hendak kata apa…dari ibu bapa tiri kepada ibu bapa kandung…kepada darah daging sendiri…semuanya boleh menjadi pendera.
Kalau yang tiri mungkin kita boleh faham…tapi yang kandung pun sama…tak tahu hendak kata apa.
Ada kajian yang dibuat mendapati ibu bapa atau individu pendera sebenarnya adalah juga mangsa penderaan ketika mereka masih kanak-kanak.
Mungkin ada kebenaran di sebalik kajian itu.
Apa yang terdetik di hati penulis untuk diluahkan di sini sebenarnya berkait dengan kes Semenyih Indah, Kajang yang berlaku minggu lalu.
Kisah adik Muhammad Irfan Raiyan, berumur 3 tahun yang maut akibat didera dipercayai oleh ibu bapa sendiri.
Baru malam tadi polis menahan ibu bapanya, entah kenapa lama sangat.
Yang menyayat hati…dan baru sebentar tadi terlintas di pemikiran penulis ialah…punya teruk kanak-kanak itu didera…dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam tidurnya…
Bayangkan..si ibu yang juga suspek pendera dalam kes ini cuba membangunkannya dari tidur…dia tidak bangun …untuk selamanya…
Dia melelapkan matanya malam itu…membawa bersama kesengsaraan dunia ini yang telah dipikulnya sekian lama…
Takdir Allah SWT mungkin menentukan agar anak kecil itu pergi dalam keadaan yang aman.
Di kala usia yang sama anak-anak lain bermanja dengan ibu bapa masing-masing, telah tertulis bahawa Muhammad Irfan Raiyan hanya akan menerima hadiah seperti penerajang dan penumbuk sahaja…
Dia seorang kanak-kanak yang hiperaktif…kenapa ibu bapanya gagal memahami fitrah kanak-kanak itu…
Selepas dipukul, dihentak…malam itu kanak-kanak tersebut menuju ke tempat tidurnya….hanya untuk tidak bangkit kembali…
Tidur itu…tidur yang terakhir untuk selamanya di dunia ini.
Di sebalik semua itu apakah yang kita mampu buat? Apakah kita mempelajari sesuatu daripada kisah hidup Muhammad Irfan Raiyan…
Jiran-jiran Irfan tahu dia didera…
Hakikatnya, dia bukan kanak-kanak yang pertama didera…dan pasti juga bukan yang terakhir…
Kerap-kali masyarakat sebenarnya yang lebih bersalah kerana selalunya mengetahui kanak-kanak didera…tapi tidak mahu masuk campur kononnya…
Tidak…itu pendirian yang salah…masuklah campur…buatlah aduan…hubungilah pihak berkuasa…
Adakalanya kita perlu menjaga tepi kain orang…
Kerana, jika kita bersikap demikian…tidak akan ada lagi kanak-kanak yang akan menghembuskan nafas terakhir mereka dalam tidur…
Mynewshub.my
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!