Di sebabkan tidak sanggup menanggung kerugian beribu-ribu ringgit, penduduk kampung berhampiran Kampung Iboi yang di janjikan Kerajaan Negeri untuk di berikan geran tanah yang di usahakan mereka sejak dari dahulu lagi telah mencari inisiatif sendiri untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Kerajaan Negeri.
Menurut orang kampung, sudah beribu-ribu ringgit telah di habiskan penduduk kampung yang mengusahakan tanah di kaki Gunung Inas untuk mendapatkan geran yang telah di janjikan.
Dalam permasalahan yang di hadapi penduduk kampung yang tertipu dengan janji Kerajaan Negeri, Ketua Pemuda UMNO Baling, Khairul Azhar dan Adun Bayu, YB Azmi Che Hussien telah tampil membantu penduduk kampung dengan mengadakan sesi dailog dan mendapatkan khidmat bantuan peguam dari Biro Guaman Pemuda UMNO Malaysia untuk mencari jalan penyelesaian masalah yang di hadapi penduduk kampung.
Atas nasihat khidmat bantuan peguam, penduduk kampung yang di tipu Kerajaan Negeri perlu membentuk satu jawatankuasa bertindak untuk mendesak Kerajaan Negeri menyelesaikan permasalahan ini secepat mungkin atau membawa kes ini ke pihak berkuasa Polis dan SPRM kerana ianya mempunyai unsur-unsur penyelewengan.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!