Baru-baru ini PERKASA Negeri Kedah telah membawa ahlinya dan rakyat Kedah seramai 12,000 orang melihat sendiri keadaan kawasan pembalakan di Tasik Pedu yang di gondolkan sesuka hati sehingga membuatkan penduduk yang berdekatan dengan kawasan pembalakan terpaksa berhadapan kesengsaraan.
Setelah Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS melihat tindakan yang di lakukan PERKASA membawa seramai 12,000 orang ke kawasan berkenaan boleh mengundang mala petaka buat mereka di PRU 13. Oleh di sebabkan itu, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah merangkap penternak blogger pencacai PAS Kedah, Zulkifli Yahya telah mengarahkan bloggernya memutar belit isu berkenaan.
Pisau Kedah pun tak tau la, blogger yang di arahkan Zulkifli Yahya untuk memutar belit isu pembalakan Tasik Pedu pernah atau tidak menjejak kaki ke kawasan pembalakan Tasik Pedu sehingga tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku di kawasan berkenaan.
Dalam posting yang di tulis blogger pencacai PAS Kedah, dia mengatakan pembalakan hanya di lakukan di kawasan Charok Genting Bunga, kawasan yang bersebelahan Tasik Pedu yang di pisahkan dengan sebatang jalan besar dan tiada kesan yang bakal di terima Tasik Pedu
Sebenarnya blogger pencacai PAS Kedah tidak tahu, atau saja buat-buat tahu bahawa pembalakan sebenarnya ada yang telah berlaku didalam kawasan Tasik Pedu cuma hanya terlindung dengan pokok-pokok besar yang sengaja dibiarkan di hadapan jalan supaya orang yang melalu jalan berkenaan tidak dapat melihat apa yang berlaku di sebaliknya.
Apa yang berlaku di sebaliknya, blogger pencacai PAS Kedah tidak menceritakan perkara yang sebenar di mana kawasan balak yang berada dalam kawasan Tasik Pedu sebenarnya telah di gondolkan dengan lincin sama sekali.
Kami di Team Media Kedah mencabar pencacai blogger PAS Kedah menafikan pembalakan di kawasan Tasik Pedu bersebelahan dengan Carok Genting Bunga, kawasan pembalakan yang kononnya hendak di bangunkan ladang buah-buahan.
Team Media Kedah ada bukti kalau blogger pencacai PAS Kedah menafikan pembalakan telah berlaku dalam kawasan yang boleh memberi kesan terhadap Tasik Pedu..
Ada berani ???
Blogger pencacai PAS Kedah ada berani tak menafikan sebenarnya pembalakan yang berlaku di Charok Genting Bunga memberi kesan terhadap Sungai Muda sehingga menyebabkan satu jambatan di Kampung Landai, Gulau, Sik yang baru di bina telah runtuh setelah di rempuh sisa balak dan kayu balak yang hanyut akibat hujan lebat.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!