pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, January 23, 2013

Tu Dia !!! Pendedahan Siapa Tuan Punya Hantu Yang Membuat Kacau Projek #Lynas


Sehingga kini belum ada satu pun penjelasan yang di sertakan bersama bukti kukuh dari satu badan NGO yang mengaku kononnya bergerak bebas tanpa di bayangi parti politik mana-mana pun iaitu Save Malaysia Stop Lynas  ( SMSL ) membuktikan Kilang Lynas di Gebeng merbahaya.

Apa yang dapat di lihat, badan NGO SMSL hanya mempergunakan LYNAS sebagai bahan untuk mereka cetuskan propaganda menakutkan rakyat untuk menyokong Kerajaan Malaysia yang di tadbir BN dan memilih untuk mengundi Pakatan Haram pada PRU 13.

Sudah nyata dan cukup jelas niat SMSL hanyalah satu niat yang berbaur politik apabila sering tampil bersama himpunan Pakatan Haram untuk menentang Kerajaan Malaysia.

Bagi memperjelaskan secara terperinci siapa badan NGO SMSL, blog Kedah Ke KL telah mengulas isu siapa NGO SMSL di sebalik bantahan kilang LYNAS di Gebeng


Tan Bun Teet

Bila anda sering mengikuti isu Lynas, tentu anda dengar satu NGO, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) yang sentiasa membayangi gerak langkah Lynas. NGO yang mengaku bebas dan tidak berpihak ini kononnya ditubuhkan secara bebas dan tidak bertuan.

Benarkah mereka tidak bertuan dan bebas? Mari kita rungkaikan satu persatu.

Kalau benar mereka ini bebas, sudah tentu mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang kuat. Mungkin mereka mendapat sumber kewangan dari kutipan derma. Tapi betul ke hanya dari derma?

Mc agak sangsi dengan NGO ini bila mereka sanggup ke Australia semata-mata nak berdemo, raih simpati, cari sokongan dan buat bantahan untuk menghuru-harakan Mesyuarat Agung Lynas.

Bukan seorang dua yang pergi, tetapi 19 orang ahli SMSL ke Australia. Ramai tuu.. malah 19 orang tu sanggup menunggu 3 hari mesyuarat berlangsung semata-mata untuk buat kacau di Australia.



Apa yang Mc nak persoalkan di sini ialah, dari mana SMSL dapat modal untuk ke Australia? Bukankah mereka NGO tidak berteraskan keuntungan dan kononnya tidak bertuan.

Cuba kita congak, harga tiket untuk seorang ke Austaralia paling murah pun dua ribu ringgit. Itu paling murah, kalau biasa ada dekat tiga, empat ribu juga harganya.

Lepas tu, yang pergi bukannya seorang, tetapi 19 orang. Kat mana si Tan Bun Teet ni cari duit untuk tampung semua tu? Sebagai bekas guru, banyak mana sangat duit Bun Teet ni.

Dua ribu ringgit kali 19 orang, berapa puluh ribu dihabiskan hanya untuk tiket kapal terbang sahaja. Itu belum termasuk tempat tinggal dan makan untuk 19 orang. Campur semua rasanya lebih dari 60 atau 70 ribu ringgit tuu..

70 ribu ringgit dihabiskan hanya semata-mata pergi untuk buat kacau di Australia? Biar betul Bun Teet ni, takkan duit kutip derma boleh sampai 70 ribu ringgit dan untuk dibazirkan semata-mata saja?

Tak susah untuk kita meneka siapa dalang dibelakang SMSL, kerana mereka hanya muncul ketika program Pakatan Haram. Sepatutnya mereka yang kononnya cintakan alam sekitar ni muncul bila ada program yang berkaitan dengan alam sekitar, namun tidak, mereka hanya mengambil berat tentang Lynas semata-mata, tanpa pedulikan yang lain.

Contohnya bantahan pembalakan mengila di Kedah dan Kelantan, sehingga menjejaskan sumber air, alam sekitar, habitat haiwan dan tempat rekreasi. Sudah jelas ianya menjejaskan alam sekitar, tidak pula mereka bantah. Bukan kata berdemo, bersuara pun tidak.

Lynas pula, walaupun disahkan selamat oleh agensi peringkat dunia dan antarabangsa, mereka masih lagi membantah. Malah belum terbukti pun Lynas ni teruk dan berbahaya, namun mereka bantah seolah-olah Lynas sudah banyak korbankan nyawa rakyat Malaysia.

Kerajaan juga turut memberi jaminan Lynas sedang dipantau ketat dan tidak akan teragak-agak bertindakan segera sekiranya Lynas melanggar peraturan. Ini menunjukkan betapa tegas kerajaan Malaysia memastikan Lynas selamat dan tidak memudaratkan.

Jadi disini kita nampak bahawa, SMSL ini hanya berkiblatkan kepada Pakatan haram. Mereka mempunyai agenda tersendiri, dan bukan hanya mahu projek Lynas dihentikan, tetapi mereka mahu racun rakyat Malaysia supaya menukar kerajaan.

Benci Lynas hanyalah satu brand yang mereka jual untuk mendapat sokongan. Tetapi pada hakikat sebenarnya, rancangan Pakatan Haram yang membiayai mereka ini hanyalah untuk tagih sokongan dan simpati kononnya kerajaan sekarang jahat bina kilang Lynas yang bahaya tanpa pedulikan rakyat sekeliling.

Simpati begini yang boleh mewujudkan rasa benci pada kerajaan. Bila dah benci, sudah tentu rakyat tidak lagi mengundi kerajaan yang sedia ada.

Inilah permainan mereka yang sebenar, jadi dengan hujah yang Mc berikan tu, kita dah nampak siapa sebenarnya di belakang SMSL ini.

Akhirnya kita dapat tahu siapa tuan hantu Lynas yang selama ini membuat kacau disana sini. Bila kita dah kenal tuan, sudah tentu kita tahu apa yang mahu hantu tu lakukan.

Mereka bukan nak berhentikan Lynas, tetapi mereka mahu tukar kerajaan. Itulah sebab mereka dibayar oleh Pakatan haram.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau yg dicanangkn2 x nk ade langsung pencemaran alam, tutup semua kilang2, kilang industri, stesen janakuasa, pelantar minyak, dan jadi negara paling mundur sekali, bkn lagi negara ke 3..tapi negara lagi teruk dr tu. Pastu utk jana pendapatan negara, hantar anak2 dan cucu2 kita ke myanmar dan kampuchea utk jadi pembantu rumah. Knp pencemaran dari kilang2 lain org x kisah pn. Kt selangor berlambak2 kilang. Tahu tak stesen janakuasa yg ada skrg ni, yg menggunakn arang batu sbg bhn api, dalam setahun akan menghasilkn 6,000,000 tan karbon dioksida, 44000 tan sulfur dioksida, 22000 NO2 dan abu2 yg mengandungi 400 tan logam berat (spt yg terdpt diLynas). Logam2 berat ini terdiri dari arsenik, merkuri, kadmium dan sebgnya). Dan part yg lagi best...5 ton Uranium dan 12 ton Thorium. TAU TAK APE TU URANIUM? Itu le bhn utama loji nuklear. Dan yg akan hasilkn radioaktif kalau tidak dikawal. Kilang LYNAS menghasilkn radiasi yg ciputttt je pn korang nk bising2. Nape x pegi buat demo besar besaran kt stesen janakuasa. Sbb tu aku pandang sinis kt geng2 ni. Sbb nmpk sgt ada agenda politik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog