Tuesday, January 1, 2013

Tu Dia !!! Di Sebabkan Ketakutan Di Tangkap Khalwat, Pasangan Khalwat Melarikan Pajero Penguatkuasa Agama Islam



Manusia ni, kalau dah dalam keadaan terdesak untuk melepaskan diri dari kesalahan, apa-apa pun sanggup di lakukannya walaupun tanpa di sedari perkara yang di lakukan boleh mengancam nyawanya sendiri. Begitulah apa yang berlaku kepada pasangan yang di tangkap khalwat oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang ( JAIP ) ketika menjalankan operasi cegah maksiat selepas sambutan malam tahun baru pagi tadi.

KUANTAN - Seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya berhubung tuduhan berkhalwat bertindak nekad melarikan kenderaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam cubaan meloloskan diri daripada dikenakan tindakan awal pagi tadi. 
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, remaja terbabit bersama pasangannya dan dua individu yang turut ditahan atas kesalahan sama dipercayai berada dalam kenderaan sementara dibawa ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut. 
Bagaimanapun remaja berusia 18 tahun itu bertindak menolak pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero sehingga terjatuh sebelum memecut kenderaan menghala ke Indera Mahkota dari di Jalan Wong Ah Jang. 
Pegawai penguat kuasa Jaip berjaya mengejar kenderaan terbabit di satu kawasan di Indera Mahkota dan menahan satu pasangan dalam kenderaan itu.
Satu pasangan lagi termasuk lelaki yang melarikan kenderaan tersebut berjaya meloloskan diri. 
Bagaimanapun mereka menyerah diri di pejabat Jaip. 
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan berhubung kejadian. 
Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Tahun Baru 2013 itu, sebanyak 13 pasangan ditahan kerana disyaki berdua-duaan dalam bilik hotel bajet sekitar bandar Kuantan. 
Semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun dibawa ke pejabat Jaip untuk disoal siasat mengikut Seksyen 145 (2) Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1984.- Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!