Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya 34 tebusan dan 15 anggota militan terkorban dalam operasi tentera bagi menyelamat tebusan yang ditawan sekumpulan militan di pangkalan gas In Amenas, Algeria kelmarin dengan lima rakyat Malaysia dikatakan antara sebahagian tebusan terbabit.
Jurucakap Kedutaan Malaysia di Algeria yang dihubungi dari sini malam tadi berkata, setakat ini pihaknya masih belum mengetahui nasib lima rakyat Malaysia itu yang juga pekerja syarikat gas dan minyak antarabangsa berpangkalan di Singapura.
“Maklumat yang kami peroleh setakat ini mendapati sekurang-kurangnya lima warga Malaysia bekerja di kawasan berkenaan, namun kesemua mereka gagal dihubungi sejak insiden tawanan militan itu berlaku.
“Berdasarkan laporan media tempatan di sini (Algeria) berlaku operasi besar-besaran untuk menyelamatkan kesemua tebusan oleh tentera dan terdapat juga laporan berhubung mangsa tebusan terutamanya warga asing yang terkorban dalam operasi itu.

“Namun setakat, tiada sebarang maklumat yang diperoleh daripada Kementerian Luar Negara Algeria berhubung nasib warga negara kita yang dipercayai turut menjadi tebusan,” katanya.
Sumber :- Harian Metro
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!