Jakarta 26 Disember: Menjelang lawatan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke sini pada awal Januari 2013, telah tersebar luas menerusi internet terutama BalckBerry Video Sexnya dengan seorang wanita Cina tetapi ada kelainan dari yang tersebar di Malaysia.
Kelainannya adalah tepat seperti yang diramalkan oleh Anwar Ibrahim sendiri yang tersiar dalam Suara Keadilan 26 Disember iaitu "Dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, tetapi sekarang muka macam Anwar, perut pun dah kempis."
Penyebaran ini meluas terutama sekali di kalangan para wartawan dalam dan luar negara yang berpusat di Jakarta, pemimpin-pemimpin agama Islam dan juga rakan-rakan rapat Anwar sendiri.
Anwar dijangka akan berucap kepada wartawan-wartawan luar negara (FR) di Jakarta pada 10 Januari depan, tetapi lokasinya belum diumumkan kerana menurut penganjurnya ditakuti ada pihak-pihak yang mahu mensabotaj majlis itu kerana merasakan Video itu memalukan orang Islam, terutama penyokong-penyokong Anwar di Indonesia.
Seorang wartawan Indonesia terkemuka dari Media Tempo yang melihat Video itu memberitahu, "Hebat sekali pukulannya Pak,dia bisa jadi Phonographic Actor."
Penyebaran Video terbaru ini berlaku begitu pantas berikutan kenyataan yang dibuat oleh wartawan Zainuddin Maidin (Zam) di wawancara di TVOne Indonesia, mengatakan Anwar sebagai seorang homosexual dan juga pengembang pluralisme agama.
Sementara itu, seorang pegawai perhubungan Pak Gus Dur dalam dialog secara langsung dengan Zainuddin Maidin di stesen TV yang sama, pada kali kedua yang disaksikan oleh lebih 100 juta orang di Indonesia, telah menafikan anggapan Zainuddin bahawa semua orang Indonesia menyokong Anwar dan mensifatkan ini sebagai paranoid.
Di Kuala Lumpur Suara Keadilan keluaran 25 Disember, menyiarkan ucapan Anwar Ibrahim di suatu perhimpunan Jelajah Merdeka Rakyat di Petaling Jaya baru-baru ini menyatakan bahawa UMNO dan BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapanya menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.
Menurut Anwar, video baru itu ada dua visi, iaitu "dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, sekarang muka macam Anwar, tetapi perut pun dah dikempiskan."
Video Anwar perut bunci itu dipercayai adalah versi yang diterbitkan oleh PKR sendiri dan orang ramai mengkagumi kepantasan kerja kumpulan media PKR yang dapat bertindak seperti kilat bagi mengelirukan orang ramai dibandingkan media team UMNO.
Beberapa orang pakar perang saraf menganggap, bahawa cara penyebaran Video Sex Anwar Ibrahim itu adalah tidak bijak kerana dilancarkan oleh "Datuk T" yang diketahui sebagai musuh Anwar dan berkepentingan politik dan wang, berbanding penyebaran Video Sex Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek yang lebih berkredebeliti dan berkesan kerana tidak nampak tangan yang menyebarkannya.
Bagaimanapun sekarang lebih ramai orang yang mempercayai Video Sex Anwar itu oleh kerana penyebaran menerusi BlackBerry adalah lebih jelas wajah sebenar pelakonnya. Kesannya yang paling buruk akhir-akhir ini, ialah pengikut-pengikut Pas telah mulai memisahkan diri dari program Jelajah Merdeka Rakyat PKR. Di Dungun Terengganu baru-baru hanya beberapa gelintir manusia sahaja yang hadir
KOMEN:
Soalnya, bagaimanakah Video Sex Anwar Ibrahim yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim masih direka-reka untuk fitnah oleh UMNO dan BN telah tersebar dengan meluas di Jakarta.
Pisau Kedah :-
Apalah nak jadi dengan segelintir rakyat Malaysia, Anwar merupakan satu-satunya pemimpin dalam dunia yang terlibat dalam sexs bebas yang masih lagi di sokong
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!