Di sebalik pendedahan yang di lakukan Team Media Kedah berkenaan isu duit orang kampung di tipu Pejabat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Dun Kupang ( Johari Abdullah ), seorang wakil dari pejabat berkenaan Cikgu Kadir telah tampil kononnya mahu membuat pencerahan.
Pencerahan dari wakil PKWR, :-
Rujukan di PKWR Dun Kupang mendapati nama Tahak Lahamad tidak ada dalam senarai pemohon dan pihak juru ukur tidak menerima apa-apa bayaran daripada beliau (Tahak Lahamad) seperti yang didakwa dalam akhbar baru-baru ni. Justeru itu, tindakan undang-undang berikutan fitnah ini akan difailkan oleh pihak PKWR Kupang ke atas Tahak kerana memfitnah.
Tu dia !!! punya dok gelabah terkantoi, sampai tahap nak saman penduduk kampung pulak dah yang kononnya individu yang bernama Tahak Lahamad tiada dalam senarai pemohon dari pihak juru ukur kerana tidak menerima apa-apa bayaran daripada individu yang bernama Tahak Lahamad.
Kalau semua nak tahu, Tahak Lahamad dalam kenyataan yang di lakukan, terang-terang dia menyebut tanah yang di usahakannya adalah milik anak-anaknya. ketiga-tiga orang anaknya telah membuat bayaran hampir RM 10,000 kepada Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas yang beralamat di PKWR Dun Kupang untuk mendapatkan geran setelah di janjikan Kerajaan Negeri.
Mari kita dengar betul-betul video kenyataan Tahak Lahamad yang sempat di rakamkan Pisau Kedah ketika sesi dailog di antara penduduk kampung yang merasa tertipu bersama dengan Penasihat Undang-Undang Unit Media Baru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Mohammad Ammar Aziz.
Dalam minit yang ke 2.07, individu yang bernama Tahak Lahamad dengan terang-terang menyebut resit tu atas nama anaknya dan bukannya atas namanya Tahak Lahamad.
Pisau Kedah cabar PKWR failkan saman kepada Tahak Lahamad seperti apa yang di perkatakan wakil PKWR Dun Kupang, Cikgu Kadir dalam pencerahannya.
Pisau Kedah sedia membantu Tahak Lahamad walaupun terpaksa bergadai harta !!!
Pisau Kedah agak musykil dengan pencerahan yang di beri wakil PKWR berkenaan " Pihak Juru ukur tidak menerima apa-apa bayaran dari Tahak Lahamad "
Sebenarnya siapa yang menerima bayaran mengukur tanah yang sebenarnya ini walau pun bukan dari bayaran yang di buat Tahak Lahamad ?
Adakah pihak PKWR atau syarikat Juru Ukur ?
Kalau nak di ikutkan resit cap ayam yang di berikan kepada pihak ( Orang kampung ) yang membayar kos mengukur adalah datang dari Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas yang beralamat di PKWR dan bukannya dari syarikat juru ukur yang di lantik.
Mengapa perlu hendak menunding jari kepada pihak syarikat juru ukur yang di katakan memungut duit dari orang kampung sedangkan yang terimanya adalah pihak PKWR ?
Selain itu, wakil PKWR, Cikgu Kadir juga membuat pencerahan bahawa :-
Bayaran yang diambil (bergantung kepada keluasan tanah yang dipohon dan diusahakan) bukan untuk mendapatkan geran tanah tetapi adalah upah jurukur tanah (Prosedur biasa permohonan tanah). Pihak PKWR tidak mengambil satu senpun dari bayaran mengukur itu melainkan semuanya adalah urusan antara juruukur dan tuan tanah.
Aik .., Orang kampung membuat bayaran kepada PKWR Dun Kupang bukan untuk mendapatkan geran sebaliknya adalah upah jurukur tanah ???
Oiii bengap !!! tujuan orang kampung membayar upah jurukur adalah untuk membuat geran, bukannya suka-suka orang kampung yang usahakan tanah Gunung Inas bayar untuk membuat pengukuran semata-mata sahaja.
Lagi pun Kerajaan Negeri yang berjanji nak bagi geran, orang kampung pun bayar la duit kepada PKWR Dun Kupang. Tapi bila orang kampung bayar dah hampir dua tahun, bayang geran pun tak nampak seperti yang di janjikan sedangkan kebanyakan daripada mereka sudah menjelaskan semua bayaran yang di kenakan PKWR.
Pencerahan berkenaan pihak PKWR tidak mengambi satu sen pun dari bayaran mengukur merupakan pencerahan paling lawak yang di buat. Langsung tak ada bukti di berikan untuk menafikan mendapat persen dari bayaran yang di buat orang kampung.
Kalau tak makan persen dari bayaran orang kampung, bagaimana Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas di wujudkan di PKWR dan nak hidup ?
Kos mengurus tadbir Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas nak dapat duit dari mana nak beroperasi ?
Duit gaji Johari Abdullah sebagai wakil rakyat ka ?.
Nampak sangat puak PKWR Dun Kupang dah mengelabah !!!.
PKWR Kupang sentiasa berurusan dengan PTG berhubung permohonan tanah tersebut dan dimaklumkan permohonan tersebut dalam proses akhir kelulusan sebelum diserahkan kepada pemohon.
Biaq betul PKWR Dun Kupang sentiasa berurusan dengan Pejabat Tanah Dan Galian dengan mengambil masa hampir 2 tahun ??
Dari maklumat pihak yang pergi membuat pencarian fail pemohonan di Pejabat Tanah, tiada fail yang di buka di atas tanah yang di ukur jurukur .
Pihak penduduk kampung pun tidak pernah mendapat surat dari Pejabat Tanah bahawa geran yang di pohon sedang di proses sepertimana biasa yang selalu di terima orang yang hendak membuat geran tanah.
Kalau benar la pemohonan geran dapat di berikan dalam masa terdekat, Alhamdulillah.. syukur Pisau kedah ke Allah S.W.T kerana tindakan yang di ambil orang kampung untuk mendesak Kerajaan Negeri menepati janji di berkati.
Sekiranya apa yang di perkatakan hanya la omong kosong saja. pihak PKWR harus membuat pembayaran balik duit orang kampung kerana tidak mampu menunaikan janji yang di lakukan.
Pisau Kedah :-
Dengaq kata, duit yang di kutip dari orang kampung di katakan telah di curi setelah PKWR di pecah masuk. Segala dokumen dan duit sudah lesap sehinggakan pembayaran kepada syarikat Jurukur tersangkut ... Betul Ka ?? atau saja-saja buat alasan nak elak duit di tuntut ??
Itulah namanya pak lebai pas sapu bersih.
ReplyDeleterasanya eloklah tubuh RCI pula bagi isu ini.