Dalam dua hari yang lepas. Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS dengan konsisten mengatakan, "PAS kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan"
Namun sebaliknya pula pendirian yang di nyatakan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haron Din yang bertegas, Kristian tidak berhak mengguna pakai kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu di Malaysia.unuk merujuk kepada Tuhan kepercayaan mereka.
Kini sudah terang dan jelas bahawa kebanyakan kepimpinan atasan parti PAS yang majoritinya di kuasai oleh golongan parasit, sanggup memperdagangkan kalimah Allah dan Islam demi untuk kepentingan politik Pakatan Haram.
Sebagai Umat Islam di Malaysia kita patut menolak parti yang kian bercelaru di dalam mempertahankan penggunaan kalimah Allah dari di guna pakai di dalam Bible versi Bahasa Melayu di PRU 13 ini.
Jangan di biarkan masa depan Umat Islam generasi akan datang bercelaru untuk mengenali Allah S.W.T.
Yakin lah bahawa tuntutan yang di lakukan Lim Guan Eng mempunyai agenda tertentu di dalam menjatuhkan Umat Islam di Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!