Monday, January 21, 2013

Panas !!! Kenapa Pemimpin Kerajaan Negeri Kedah Sakit Hati Kepada Mukhriz ??


Kelmarin adalah sambutan keputeraan ke 85 DYMM Sultan Tuanku Abdul Halim yang juga Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Di Satu majlis pengurniaan darjah-darjah kebesaran dan bintang-bintang telah diadakan pagi tadi di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Tuanku telah mengurniakan Dato Mukhriz Tun Dato Mahathir pingat Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim (DHMS) yang membawa gealaran 'Dato' Paduka'.

Ahli Parlimen Jerlun ini yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan jTimbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah merupakan pembesar kedua yang menerima anugerah darjah kebesaran DHMS selepas Panglima Tentera Udara Malaysia Jen Tan Sri Dato' Rodzali Daud TUDM merupakan seorang lagi penerima.

Anugerah ini satu penghargaan kepada sumbangan dan peranan yang dimainkan Mukhriz sebagai anak negeri Kedah.

Mungkinkah ianya juga membawa satu petanda dari pihak istana yang mahu melihat satu perubahan kepada negeri Kedah. Penganugerahan adalah hak sepenuh Tuanku Sultan dan bukan hak sesiapa untuk persoal keputusan Tuanku dalam menganugerah pingat kebesaran negeri.

Hanya tertanya pada diri kami, kenapa pula kepimpinan negeri Kedah yang ada tidak dianugerah pingat tertinggi Kedah ini?

  the Unspinners,

1 comment:

  1. Faham-faham lah.Itu lah bakal MB Kedah jika BN menang.
    Zaman SRP/SPM tak ada lah.

    ReplyDelete

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!