Memang pedih gila Amanat KUIN yang di keluarkan oleh seorang blogger yang selalu mendedahkan kezaliman Azizan Razak ( Pengerusi KUIN ) dan Jamil Osman ( REKTOR KUIN Kesayangan Azizan Razak ) iaiti blogger adik wak.
Amanat KUIN yang di sampaikan blogger adik wak sememangnya cukup berbeza dengan Amanat yang di sampaikan Hadi Awang kerana Amanat KUIN tidak mengkafirkan sesama Islam, tetapi Amanat Hadi Awang telah mengkafirkan sesama Islam...
Jom kita baca Amanat KUIN tersebut :-
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang Jamil dan Azizan, bukan kerana nama dia Jamil dan Azizan. Kita menentang PAS bukan kerana dia Kerajaan yang memerintah sekarang. Kita menentang mereka ialah kerana mereka menumpukan pengajian lain dari pengajian Islam, menjatuhkan martabat Islam, menipu, menafikan hak kita, membela kroni, jahil dan lain-lain lagi kejahatan. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi bacul dengan mengamalkan 'Jamil suku, Azizan suku'.
Pisau Kedah :-
La ni puak PAS nak kata apa pulak dengan Amanat KUIN ini ?
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!