Kota Kinabalu: Menyayat hati apabila seekor anak gajah berusia tiga bulan yang masih menyusu dilihat mengusap kepala ibunya yang mati selepas dipercayai terminum racun bersama sembilan gajah lain yang bergelimpangan di Hutan Simpan Gunung Raya, kira-kira 130 kilometer dari Tawau.
Anak gajah yang diberi nama Kejora itu seperti kelaparan dan terselamat, tetapi masih dipantau berikutan turut terkena tempias racun berkenaan akibat meminum susu daripada ibunya.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Datuk Laurentius Ambu berkata, kejadian disedari pihaknya pada 29 Disember tahun lalu apabila menerima laporan kematian seekor gajah jantan di tempat kejadian.
“Namun, bilangannya meningkat dan sehingga 25 Januari lalu, 10 gajah jenis Pygmy Borneo ditemui mati disyaki diracun menggunakan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Namun, bilangannya meningkat dan sehingga 25 Januari lalu, 10 gajah jenis Pygmy Borneo ditemui mati disyaki diracun menggunakan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab.
ANGGOTA JHL Sabah menjalankan siasatan terhadap seekor gajah yang disyaki diracun.
“Sepanjang dua minggu ini, tujuh daripadanya betina manakala selebihnya gajah jantan berusia empat hingga 20 tahun,” katanya pada sidang media di Wisma Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), di sini, semalam.- My Metro
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!