Wednesday, January 2, 2013

Jangan Baca Kalau Anda Seorang Yang Mudah Pening Kepala


Seorang wanita menjalin hubungan sulit dengan rakan baik bekas suaminya manakala bekas suaminya itu pula mempunyai hubungan dengan adik iparnya dan lebih mengejutkan apabila kedua-dua pasangan itu tinggal serumah.

Bagaimanapun onar yang dicipta mereka terbongkar apabila rumah mereka diami di Kampung Sanglang, dekat sini, diserbu Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) pada awal pagi semalam.

Lebih mengejutkan lagi apabila janda terbabit melahirkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan hasil hubungan sulitnya dengan rakan bekas suaminya itu.

Difahamkan, janda terbabit bersama bekas suaminya tinggal bersama di rumah itu bersama teman lelakinya serta adik perempuan wanita itu yang berusia 18 tahun.

Adik wanita itu dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan abang iparnya sendiri yang berusia 39 tahun sejak beberapa bulan lalu selepas kakaknya bercerai dengan abang iparnya itu. - myMetro

Pening Pisau Kedah baca berita ini yang di sampaikan wartawan MyMetro. Mengikut cerita wartawan berkenaan, wanita yang sudah bercerai dengan suaminya telah menjalinkan hubungan sulit dengan rakan baik bekas suaminya itu. Manakala bekas suami wanita berkenaan menjalinkan hubungan dengan adik iparnya di dalam satu rumah dengan bekas isterinya.

Siapa adik ipar bekas suami wanita terbabit ?

Kalau nak di ikutkan pasangan terbabit sudah bercerai, tidak layak la adik wanita terbabit di katakan adik ipar bekas suaminya kerana sudah tiada perhubungan. Sebaiknya wartawan berkenaan kena letakan perkataan bekas adik iparnya

Entah la apa yang cuba di maksudkan wartawan berkenaan dengan perkataan hubungan sulit, sedangkan bekas suami wanita berkenaan mengetahui akan hubungan antara rakannya dengan bekas isterinya kerana wartawan berkenaan mengatakan kedua-dua pasangan terbabit berada dalam satu rumah.

1 comment:

  1. tajam sungguh otak kamu bro'. kalau tak di ikutkan cerita, aku juga tidak perasan. baguslah cara gini, tegur menegur anatara satu ngan lain. bila dinamakan wartawan, maka kenalah jaga sikit perkataan bila menulis sebab pembaca yang tak pandai macam aku ni akan menerima pakai apa saja yang ditulis. terima kasih bro dan selama berjuang.

    ReplyDelete

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!