Pagi tadi dalam perjalanan Pisau Kedah balik dari Padang Terap Kemalangan Ngeri telah berlaku pada pukul 1.00 pagi tadi di kilometer 55.4 Lebuhraya Utara Selatan ( kawasan Pendang ) membabitkan sebuah kereta proton perdana yang terbabas setelah di percayai hilang kawalan lalu melangar pagar lebuhraya.
Pihak Bomba dan penyelamat kawasan Pendang telah di kerah untuk mengeluarkan seorang remaja lelaki yang telah tersepi dengan pintu sehingga menyebabkan tangannya cedera parah.
Sumber maklumat mengatakan kenderaan berkenaan di naiki dua orang remaja lelaki dan seorang gadis, dalam perjalanan hendak ke Pulau Pinang melalui lebuhraya Utara Selatan,
Seorang Remaja lelaki dan seorang gadis yang berada dalam kereta tersebut hanya mengalami luka-luka kecil sahaja dan kesemua remaja terbabit di hantar untuk mendapat rawatan selanjutnya di hospital.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!