Thursday, December 20, 2012

Tu Dia !!! Demi Nak Keuntungan Politik, Pemimpin PKR Cuba Mempolitikan Penyebaran Maklumat PALSU Rusuhan Kaum Di Sungai Petani


Pagi tadi Pisau Kedah telah membuat satu artikel bagi menerangkan keadaan sebenarnya yang berlaku di Sungai Petani berkenaan isu panas, penyebaran maklumat PALSU rusuhan antara kaum ( klik sini untuk baca ).

Pisau Kedah tidak sangka juga apabila seorang Ahli Parlimen yang jarang nampak muka di kawasannya dan hanya balik ke Kawasannya sekiranya pemimpin atasan parti yang di anutinya turun ke kawasannya untuk membuat program telah menggunakan isu panas ini sebagai bahan politik, senjata untuk menyerang UMNO.

Ahli Parlimen yang Pisau Kedah maksudkan adalah Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani yang kuat mengampu Anwar Ibrahim setelah ketakutan apabila Video dia mengutuk Anwar Ibrahim setelah menonton video lucah Anwar Ibrahim bersama China Doll tersebar.


Di sebalik penyebaran maklumat PALSU tentang rusuhan kaum di Sungai Petani, sebenarnya penyebaran bermula melalui laman media facebook dan bukannya melaui laman media blog seperti yang di perkatakan Johari Abdul ( Nampak sangat Johari Abdul main tembak saja tanpa mengetahui maklumat sebenar ).


Gambar yang di sebarkan melalui facebook.

Untuk pengetahuan semua, Pisau Kedah bersama rakan blogger / facebooker Team Media Kedah merupakan pihak awal yang tampil di Kedah memberi penjelasan sebenarnya apa yang berlaku di Sungai Petani. ( Artikel awal yang di keluarkan Pisau Kedah yang menafikan penyebaran maklumat PALSU klik di sini )

Pisau Kedah merupakan anak jati Sungai Petani dan sehingga sekarang masih tinggal di Sungai Petani. Pada hari penyebaran maklumat PALSU, Pisau Kedah sendiri turun ke Taman Bandar Baru dan telah meminta rakan-rakan Pisau Kedah untuk memantau keadaan sebenar di tempat lain di Sungai Petani yang di katakan kawasan yang tercetus rusuhan seperti yang di sebarkan pihak tidak bertanggungjawap.

Setelah mendapat maklumat terperinci, Pisau Kedah telah membuat penafian sendiri di blog Pisau Kedah pada malam kejadian dan telah post pada pukul 12.20 pagi bagi memperjelaskan keadaan sebenar.

Tidak wajar seorang ahli Politik seperti Johari Abdul menggunakan isu sensitif ini sebagai bahan untuk mencari publisiti murahan demi keuntungan politik dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!