Sejak tertubuhnya KCS belum pernah dalam sejarah Kedah, ada pihak mendesak SUK yang di lantik Sultan meletakan jawatan hanya kerana kepentingan politik.
Terbaru satu lagi sejarah telah tercipta di Kedah apabila Kerajaan Negeri telah melantik EXCO sebagai YDP Pihak Berkuasa Tempatan setelah Pegawai Daerah (DO) lama yang juga merangkap YDP telah di tukarkan ke kawasan lain dan mengantikan DO yang baru tanpa memegang jawatan YDP.
Perlantikan YDP Pihak Berkuasa Tempatan seharusnya melalui Mensyuarat Exco-Exco dan di sepertujui EXCO-EXCO Kerajaan Negeri.
Yang menjadi persoalannya siapa yang melantik EXCO Kerajaan Negeri sebagai YDP ?
Sebelum ini belum pernah lagi ada dalam sejarah pentadbiran kerajaan Negeri Kedah seorang EXCO yang merupakan seorang ahli politik telah di lantik sebagai YDP bagi Pihak Berkuasa Tempatan.
EXCO yang di maksudkan adalah, Phahrolrazi, musuh ketat Azizan Razak di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah
Phahrolrazi telah di lantik YDP di Majls Daerah Kubang Pasu (MDKP) setelah mengantikan Ahmad Faisol yang di tukarkan oleh SUK ke kawasan lain di atas jawatannya sebagai DO.
Apakah Phahrolrazi melantik dirinya sendiri melalui Mensyuarat EXCO-EXCO sebagai YDP baru bagi Majlis Daerah Kubang Pasu ???
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!