Sebagai seorang yang pernah satu ketika dahulu memegang antara jawatan yang tertinggi dalam PAS iaitu Naib Presiden PAS , pastinya Nakhaie Ahmad menyedari akan perubahan yang di alami parti yang di pimpinnya dahulu dengan sekarang.
PAS kini semakin lari jauh dari landasan perjuangan asal semenjak kebanyakan golongan-golongan Ulama, Tok-Tok Guru PAS di pinggirkan dari parti dan mengambil orang-orang yang menjadi parasit sebagai pemimpin di dalam PAS.
Apa yang di lakukan PAS kini sudah terbukti, PAS hanya mengejar kuasa sahaja sehingga sanggup menjadi alat boneka kepada parti yang mahu memusnahkan keistimewaan Islam di Malaysia, iaitu PKR dan DAP.
Jangan biarkan generasi masa hadapan Umat Islam di Malaysia terpaksa menanggung kesilapan yang kita lakukan di masa ini. Silap memilih pemimpin maka punah lah Syiar Islam di Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!