LEBIH kurang dua minggu lalu, aktres Diana Danielle melalui Instagram miliknya mempamerkan gambar ujian kehamilan yang menunjukkan dia positif hamil selepas 16 hari berkahwin dengan aktor dan pengarah Farid Kamil. Malangnya, selepas membuat pengumuman tersebut, Diana yang mesra disapa tidak memberi sebarang respons atau melayan panggilan pihak media.
Sebaliknya, hanya Farid yang memberi kenyataan ringkas bahawa mereka gembira dengan berita tersebut, tetapi kemudian juga seperti melarikan diri daripada pihak media yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut tentang khabar tersebut.
Bagaimanapun, pasangan tersebut tidak boleh lagi lari daripada pihak media selepas ditemui pada majlis resepsi yang diadakan pada 1 Disember lalu. Mereka, terutama Diana akhirnya terpaksa membuka mulut tentang berita tersebut.
Tidak menafikan dirinya seperti lari daripada media, kata Diana: "Saya kira pengumuman tersebut sudah cukup jelas. Jadi tak perlu dilanjutkan lagi, lagipun saya memang seorang yang boleh berkongsi cerita peribadi, tetapi ada limitnya."
Dia dan Farid kemudian meminta maaf jika ada pihak yang tersinggung dengan tindakan mereka. Alasan pasangan pengantin baru tersebut, mereka enggan terlalu menggembar-gemburkan hal tersebut biar ia bersifat gembira kerana kandungan Diana masih dalam peringkat awal.
"Biasalah, perempuan, ia mungkin tindakan Diana yang begitu teruja apabila mengetahui dia hamil. Lepas sudah buat (mengumumkan hamil) baru dia fikir tentang impaknya).
Biar memberi kenyataan tersebut, Diana dan Farid sedar bahawa telah timbul spekulasi tentang usia kandungan Diana yang diragui segelintir pihak. Mereka menyifatkan ia sebagai satu tohmahan yang tidak berasas. Enggan mengulas lanjut, Diana sebaliknya memberitahu walaupun gementar bakal bergelar ibu dalam usia yang muda iaitu 22 tahun, namun dia teruja untuk menimang cahaya mata.
“Saya terima dengan hati yang terbuka untuk menjadi seorang ibu pada usia muda,” katanya yang turut memberitahu belum lagi mengalami sebarang alahan sepanjang hamil tetapi mengidam untuk memakan banyak makanan pada satu-satu masa.
Video Kenyataan Farid Kamil Selepas Kehamilan
Diana Danielle
Pisau Kedah :-
Pisau Kedah hairan la mengapa perlu ada pihak yang tersinggung di sebalik pengumuman yang telah di lakukan pasangan ini ?
Perkara biasa la apabila pasangan yang baru kahwin teruja apabila mengetahui pasangannya telah hamil. Tak ada sebab ada pihak perlu tersinggung dengan berita gembira yang telah ceritakan pasagan terbabit.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!