Inilah bukti yang di katakan PAS memperjuangkan Negara Berkebajikan di Kedah
Sungai Petani- Lebih 10,000 Penduduk di kawasan Estate Sungai Divison, perumahan Taman Kelisa dan Taman Aman Jaya terpaksa berhadapan dengan permasalahan keadaan jalan yang begitu teruk serta lampu-lampu jalan yang tidak di selengara pihak berkuasa tempatan semenjak 3 tahun yang lalu.
Menurut Makbul Ilahi, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Daerah Kuala Muda, penduduk setempat telah beberapa kali membuat aduan pada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Pebandaran Sungai Petani (MPSPK), namun tiada sebarang tindak balas yang telah di lakukan pihak MPSPK di sebalik aduan yang telah di lakukan penduduk setempat.
Ketika di temubual, Makbul Ilahi mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri melalui Exco yang di pertanggungjawapkan mengurus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menggunakan peruntukan sepenuhnya yang di berikan Kerajaan Pusat untuk menyelengara jalan-jalan yang bermasalah di seluruh negeri Kedah.
Apa yang berlaku sebaliknya peruntukan tersebut telah di letak di dalam tabung di bawah Yayasan Perbadanan Menteri Besar kedah dan di gunakan untuk membayar gaji kakitangan Kerajaan Negeri ketika rakyat di seluruh Kedah mengharapkan Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan tersebut menyelengara jalan-jalan di negeri Kedah yang sudah begitu teruk.
Akibat jalan yang begitu teruk dan kawasan di tempat berkenaan terlalu gelap kerana lebih 40 batang tiang lampu gagal berfungsi, kemalangan sering berlaku di kawasan berkenaan sehinggakan kes kemalangan yang terbaru telah mengakibatkan berlakunya kemalangan maut apabila seorang penunggang motorsikal gagal mengawal kenderaannya ketika melalui kawasan tersebut.
Rata - rata penduduk setempat begitu kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri melantik Exco dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan yang gagal melaksanakan tanggungjawap yang telah di amanahkan rakyat.
Salam 1 Malaysia.Masalah yang macam tu saya besa dah tanya orang PAS yang jadi ahli majlis.Dia kata ni sebotaj dari pegawai² dalam majlis² daerah yang UMNO.Dia bagi contoh kat Baling.Dalam mesyuarat majlis dah setuju untuk tak izin buka karaoke kat Baling.Tiba² timboi satu karaoke yang depa dok hingaq hari tu la.Saya pun mati modal tang tu la sebab dia tau cerita la sebab dia ahli majlis kan.Sapa yang betoi ni?Kadang² saya pun jadi kompius jugak.Memang depa jawab mudah, sebotaj la konspirasi la taktik UMNO la & macam² lagi.Tapi kadang² tu ada bernas jugak buah yang depa bagi.
ReplyDeleteSabotaj ??? Hahahhahahah agak-agak la puak pakatan haram nak menipu... setahu aku Ahli Majlis adalah lantikan kuasa politik parti yang mentadbir. Di negeri Kedah, puak pakatan haram yang tadbir Kedah.
ReplyDelete