Wednesday, December 19, 2012

Berita Gembira Buat Persalah Jalan Raya Yang Memandu Melebihi Had Laju.


Semenjak perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ramai yang mengeluh perlaksanaan sistem terbabit kerana ianya membebankan rakyat dan ada juga yang menyokong perlaksanaan sistem terbabit kerana ianya mampu mendisplinkan pemandu-pemandu yang suka memandu melebihi had laju.

Bagi Pisau Kedah, sistem AES ini memang patut di laksanakan bagi mendisplinkan pemandu yang suka memandu melebihi had laju yang sedikit sebanyak menjadi punca kemalangan maut yang merangut nyawa insan yang tak berdosa.

Namun harus di ingat, sebelum perlaksanaan sistem terbabit, pihak perlaksananya iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu la lebih awal membuat persediaan dari segi penerangan berkenaan sistem terbabit kepada orang awam di seluruh Malaysia supaya orang awam lebih faham apa itu kepentingan sistem AES kepada pengguna jalan raya yang sering berhadapan dengan risiko menjadi mangsa kepada pesalah had laju sekiranya kenderaan yang di pandu laju berkenaan terlibat kemalangan.

Selain itu pihak perlaksana perlu la bersiap sedia lebih awal dari segi teknikal dan undang-undang supaya ianya tidak di pertikai kelemahannya seperti apa yang telah belaku kini.


Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibekukan untuk mengkaji isu perudangan yang dibangkitkan. 
Kenyataan yang dikeluarkan AGC hari ini selepas rungutan pelbagai pihak terhadap AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu. 
“Semua prosiding berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diarah ditangguhkan sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan. 
” Kenyataan itu turut menyebut saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah, bagaimanapun pihaknya mengambil berat beberapa perkara undang-undang dan teknikal yang ditimbulkan berikutan pelaksanaan saman tersebut. 
“Keputusan akan dibuat dalam beberapa hari berhubung isu di atas,” kata AGC melalui satu kenyataan hari ini. 
“Berikutan empat saman AES yang digugurkan kerana tidak cukup bukti, AGC akan mengkajinya semula dan akan mendaftarkannya jika mahukan pendakwaan,” tambahnya. 
Putrajaya dikatakan akan membekukan kamera AES untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya.

1 comment:

  1. BOLEH DILAKSANA TETAPI KERAJAAN PATUTNYA SUDAH MENGKAJI SELAGI LAGI UNTUK MENAIKKAN HAD LAJU KEBANGSAAN DRP 110KM KEPADA 120KM ATAU 130KM. KALAU JALAN KOSONG, TAKKAN ORG NAK BAWAK 90 ATAU 100KM INI AKAN MENYEBABKAN PEMANDU MENGANTUK DAN MUNGKIN TERTIDUR KALAU PERLAHAN SGT.

    ReplyDelete

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!