Hanya mampu istigfar apabila Pisau Kedah mendengar DOA yang di baca dan di aminkan golongan ahli-ahli PAS yang melakukan solat hajat supaya UMNO di hancurkan Allah S.W.T.
Sedarkah kita di dalam parti UMNO juga terdiri dari golongan umat Islam seperti mana juga ahli-ahli PAS yang berpegang teguh kepada lima Rukun Islam dan enam Rukun Iman tetapi yang membezakan di antara ahli UMNO dan ahli PAS adalah pandangan politik semata-mata sahaja.
Apa yang dapat di lihat di sebalik doa yang di aminkan ahli-ahli PAS cumalah sekadar doa yang menunjukan sifat dendam mereka terhadap UMNO sejak dari dahulu lagi.
Ternyata PAS memperdagangkan Islam demi kepetingan politik bagi membantu DAP dan PKR yang mahu berkuasa di Putrajaya sahaja.
Sekiranya PAS mengatakan merekalah parti yang memperjuangkan Islam, mengapa PAS tidak mahu memegang tampok pimpinan Negara sekiranya Pakatan Haram menang di dalam PRU 13, mengapa PAS memberi laluan kepada pemimpin dari DAP dan PKR memegang jawatan terpenting di dalam pentadbiran Negara dan bukannya dari pemimpin PAS yang mengatakan mahu memperjuangkan Islam ?
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!