Tuesday, November 20, 2012

Tu Dia !!! MB Selangor Berlidah Cabang Bercakap Soal BAS Mewah Anwar Ibrahim


Orang yang suka bercakap dolak dalih atau lidah bercabang macam biawak tak layak di gelar sebagai pemimpin kepada mayarakat seperti mana yang telah di lakukan Khalid Ibrahim membabitkan isu pemilikan BAS Mewah dua tingkat yang di gunakan Anwar Ibrahim untuk berkempen menghadapi PRU13.

Pada bulan Ogos yang lalu, Khalid Ibrahim bertegas bahawa Bas Mewah yang di gunakan Anwar Ibrahim untuk berkempen menghadapi PRU 13 sebenarnya telah di sewa selama 6 bulan.


" Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kos sewa bas dua tingkat, yang akan digunakan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor. 
Katanya, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya beliau sendiri tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri                                                                                                                
                                                                                                                                                    "
Namun setelah ada pihak mendedahkan bahawa Bas yang di gunakan Anwar Ibrahim untuk berkempen menghadapi PRU13 sebenarnya atas nama Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim berdiamkan diri walau di desak pelbagai pihak untuk membuat pengakuan sama ada bas berkenaan di beli atau di sewa,.



Setelah begitu lama Khalid Ibrahim mengambil sikap berdiam diri tentang isu pembelian BAS Mewah yang di gunakan Anwar Ibrahim akhirnya Khalid Ibrahim membuat pengakuan bahawa bas berkenaan telah di belinya.

"Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui telah membelanjakan RM650,000 bagi membeli bas dua tingkat untuk tujuan kempen pakatan pembangkang bagi pilihan raya umum akan datang. 
Sambil menyatakan pembelian itu dibuat secara persendirian, beliau berkata, pihaknya membelanjakan sebanyak RM10,833 sebulan sebagai bayaran ansuran bas berkenaan yang dibuat melalui konsep sewa beli.
                                                                                                                                                         "

Ternyata dari pengakuan Khalid Ibrahim, telah menunjukan Khalid Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang munafik kerana sanggup menipu rakyat untuk selindung keburukan yang telah di lakukan demi kepentingan politiknya.

Pemimpin yang munafik tidak sepatutnya layak menjadi pemimpin kepada rakyat kerana tidak jujur terhadap rakyat.

Apa yang membuat Pisau Kedah musykil dengan pengakuan yang di lakukan Khalid Ibrahim, mengapa Khalid Ibrahim mengambil masa begitu lama untuk membuat pengakuan bahawa bas berkenaan sebenarnya di beli dan bukannya di sewa ?

Apakah masa yang begitu lama di ambil Khalid Ibrahim membuat pengakuan sebenar digunakan untuk menutup segala bukti, Khalid Ibrahim menggunakan duit rakyat untuk membeli Bas Mewah terbabit ?


No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!