Sunday, November 11, 2012

Tu Dia !!! Hadi Awang Sepatutnya Mengajar Muslimat PAS Bahasa Inggeris Untuk Memahami Kebebasaan Agama Nurul Izzah



Belum pun kering air mata Wan Azizah merasa belas terhadap anaknya Nurul Izzah yang dikecam hebat atas keceluparannya di sebuah forum, Dewan Muslimat PAS pula hadir mempertahankan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Ketua Dewan “muslimut” PAS, Siti Zailah langsung tidak percaya dengan dakwaan yang mengatakan bahawa Naib Presiden PKR itu bersetuju untuk golongan muslim di negara ini untuk memeluk agama lain selepas berumur 18 tahun.

Bagi Siti Zailah, seorang yang bertudung seperti Nurul Izzah pasti sayang kepada aqidah umat Islam di negara ini dan mustahil untuknya menyokong sesuatu yang mampu mengancam kehormatan Islam, terutamanya berkenaan soal “riddah”.

Menariknya, Ketua Dewan “muslimut” itu menuduh akhbar Utusan Malaysia sengaja memutar belit kenyataan Nurul Izzah dan sepatutnya akhbar itu meminta penjelasan dari anak sulung Anwar itu sebelum menyiarkan berita mengenainya.

Pertamanya, saya ingin meminta Siti Zailah untuk pergi kelas tambahan bahasa Inggeris di mana-mana pusat tiusyen berdekatan kediamannya bagi memperhalusi isu ini. Ia adalah memandangkan ucapan Nurul Izzah itu dibuat menggunakan bahasa Inggeris.

Namun sekiranya otak Ketua Dewan “muslimut” itu sudah berkarat dan bebal untuk menerima ilmu Allah itu, saya siarkan disini terjemahan petikan dari ucapan Nurul Izzah tersebut…
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.”
Dalam hal ini, Nurul Izzah telah ditanya di forum tersebut tentang sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya.

Dan apakah Siti Zailah begitu “bebal” sangat otaknya untuk memahami apa yang diucapkan oleh Nurul Izzah itu?

Lagipun, petikan itu diperoleh dari laman portal pro-pembangkang sendiri iaitu Malaysiakini yang terkenal dengan serangan-serangan manipulasi minda terhadap Kerajaan BN. Lainlah kalau dipetik dari Utusan Malaysia yang kononnya milik UMNO..kan?

Sekiranya Siti Zailah kurang pasti, rasanya dia boleh layari laman Youtube di mana terdapat rakaman video yang telah dimuat turun dan membuktikan betapa Nurul Izzah sanggup mengancam aqidah umat Islam dengan gejala murtad di negara ini.

Selain dari meletakkan aqidah umat Islam pada umur 18 tahun, Siti Zailah boleh tonton sendiri bagaimana “anak papa” ini menunjukkan sokongan terhadap hak dan gerakan LGBT yang menjadi amalan “papa”nya itu selama ini.

Saya sebenarnya jelek dengan “simpati bodoh” Siti Zailah terhadap Nurul Izzah memandangkan Dewan Pemuda PAS telah tampil untuk menempelak Naib Presiden PKR itu bagi isu yang sama.

Anak Nik Aziz, Nik Abduh baru-baru ini menyelar Nurul Izzah dan mendakwa anak Anwar itu tidak memahami firman Allah SWT berkenaan ayat Al-Quran yang tidak memaksa mana-mana individu untuk memeluk agama Islam.

Pada saya, sebelum Siti Zailah mengutarakan rasa tidak percaya atau simpatinya terhadap Nurul Izzah, dia sepatutnya merujuk terlebih dahulu kepada Nik Abduh yang menyerang Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Cuma saya kurang pasti, sekiranya Azmin sebelum ini begitu berkuasa memecat Hasan Ali di dalam PAS, apakah Nik Abduh mampu memaksa Wan Azizah atau Anwar untuk memecat anak sulung mereka dari PKR?

Saya yakin jawapannya adalah tidak sama sekali. Anwar dan Wan Azizah takka memecat anak mereka itu. Lagipun, apa yang diucapkan Nurul Izzah itu adalah bersamaan dasarnya dengan perjuangan Anwar yang selama ini menyokong kebebasan asasi manusia “ala barat” dan LGBT.

Saya kini hanya menunggu kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mengenai kenyataan Nurul Izzah tersebut dan saya yakin bahawa sekiranya dia mengeluarkan “fatwa”nya, sudah tentu ia akan “menasakh mansukh”kan fatwa Nik Abduh atau Siti Zailah.

Persoalannya, beranikah Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak dan kepentingan Anwar serta keluarganya? Rasanya tak mungkin Nik Aziz berani “derhaka” pada Anwar…kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!